web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Siapa Pun Yang Memerintah Negara, Lakukan Perubahan Yang Baik - Norman Hakim, Siti Saleha, Yonniboii 

Getaran telah mendapatkan pandangan beberapa artis dan selebriti tempatan tentang harapan mereka terhadap kerajaan baharu yang bakal memerintah negara selepas berakhirnya PRU-15 nanti.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2022 8:27PM

Dari kiri Norman Hakim, Yonnyboii dan Siti Saleha - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Debaran kian terasa! Pilihan Raya Umum Ke-15 bakal berlangsung esok dan ia akan menjadi penentu untuk rakyat memutuskan kerajaan baharu yang bakal mentadbir dan memerintah negara ini. 

Tiada apa yang diharapkan rakyat, melainkan sebuah kerajaan baharu yang dapat menerajui negara ini dengan baik dan pada masa yang sama memacu ekonomi agar masa depan rakyat akan lebih terjamin. 

Getaran telah mendapatkan pandangan beberapa artis dan selebriti tempatan tentang harapan mereka terhadap kerajaan baharu yang bakal memerintah negara ini selepas berakhirnya PRU-15 nanti. 

 

Norman Hakim

Normah Hakim (bersama anaknya, Danish) - Gambar Fail
Normah Hakim (bersama anaknya, Danish) - Gambar Fail

"Bagi saya, sesiapa sahaja yang memenangi pilihan raya ini, saya harap mereka buatlah yang terbaik untuk rakyat. Kalau boleh saya mahu mereka yang menerajui negara nanti boleh seimbangkan hal-hal duniawi dan ukhrawi.

"Saya tidak meletakkan harapan yang terlalu besar untuk mereka melakukan perubahan yang drastik, tetapi memadaikan dengan mendapat kepimpinan yang lebih baik daripada sebelum ini.

"Kalau hendak harapkan yang bebas seratus peratus daripada rasuah, saya rasa agak mustahil. Jadi, mereka yang layak mengundi khususnya umat Islam jalankan tanggungjawab anda demi kesejahteraan negara."

 

Siti Saleha

Siti Saleha - Gambar Fail
Siti Saleha - Gambar Fail

"Saya mengharapkan setiap undi akan memberikan perubahan yang lebih baik. Hak rakyat yang lebih baik yang fikirkan semua rakyat Malaysia dan tidak hanya memikirkan siapa yang memerintah sahaja."

 

Sharifah Rose

Sharifah Rose - Gambar Fail
Sharifah Rose - Gambar Fail

"Saya harapkan calon wakil rakyat boleh tawarkan lebih banyak kebaikan kepada anak muda. Bukan itu sahaja, kawasan saya pula selalu banjir, jadi saya cari wakil rakyat yang boleh membantu atasi masalah ini."

 

Fahrin Ahmad

Fahrin Ahmad (bersama keluarganya) - Gambar Fail
Fahrin Ahmad (bersama keluarganya) - Gambar Fail

"Tahun ini saya agak teruja sebab melihat pengundi muda sudah diberi amanah untuk memilih. Dengan informasi yang sangat banyak, nilailah dengan betul pilihan anda."

 

Jasmine Suraya

Jasmine Suraya - Gambar Fail
Jasmine Suraya - Gambar Fail

"Saya berharap sesiapa sahaja yang akan naik sebagai pemimpin akan mengambil berat isu ekonomi sebab kita bakal berhadapan dengan ekonomi yang agak mencabar tahun hadapan dan dua tahun selepas itu."

 

Yonniboii 

Yonnyboii - Gambar Fail
Yonnyboii - Gambar Fail

"Saya mahukan sebuah kerajaan yang telus, sebuah kerajaan yang benar-benar bekerja dan menjaga kebajikan rakyat dan tiada korupsi. Tolonglah ubah perkara itu!"  - Getaran, 18 November 2022 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 12 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

2

Selebriti 1 minggu yang lalu

Pasya Yakin Pentas Bersama Search Luaskan Pengaruh Karier Solo

3

Selebriti 2 minggu yang lalu

'Comeback' Azar Azmi Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Netizen Sebak Lihat Kemunculan Semula Selepas 7 Tahun

4

Selebriti 3 minggu yang lalu

Zynakal Tampil Dengan Single Terbaharu "NIAT”

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 12 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN