web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siti Saleha Sedang Mengenali Seseorang, Bagi ‘Hint’ Si Dia Berdarah Kacukan

Siti Saleha mengakui pengenalan mereka masih di fasa awal perhubungan dan tidak mahu mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan salah faham.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2022 4:03PM

Tidak mendedahkan siapakah gerangan yang sedang mendekati hati pelakon jelita ini, Siti Saleha bagaimanapun memberi petunjuk bahawa si dia juga merupakan lelaki berdarah kacukan seperti dirinya - Gambar Fail

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Siti Saleha tidak menafikan khabar angin sedang mengenali hati budi seorang lelaki berdarah kacukan yang tidak didedahkan namanya.

Namun begitu, pengenalan mereka masih di fasa awal perhubungan dan tidak mahu mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan salah faham.

Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular BH Ke-34 itu bagaimanapun mengakui akan mendedahkan gerangan si dia menerusi akaun Instagramnya jika sudah bersedia.

“Mana kalian tahu? Apa-apa berita nanti saya akan kongsikan. Bila-bila masa sahaja nanti, saya akan tunjuk muka dia di Instagram,” katanya sambil tersenyum ketika ditemui media di sidang media drama ‘Hilang’ yang bakal disiarkan di platform Viu Malaysia.

Tidak mendedahkan siapakah gerangan yang sedang mendekati hati pelakon jelita ini, Sally bagaimanapun memberi petunjuk bahawa si dia juga merupakan lelaki berdarah kacukan seperti dirinya.

“Setakat ini kami cuma berkawan. Tiada ada apa-apa yang serius antara kami. Dia lelaki yang baik. Dia mix blood. Orang putih. Sama macam saya,” katanya sambil ketawa.

Dalam perkembangan lain, Sally bakal tampil membawakan watak seorang gadis buta bernama Wangi. 

“Teruja dan komited dengan watak yang dibawanya, pelakon ini sanggup turut mendekati komuniti orang buta di Brickfields bagi memastikan watak yang dibawanya akan ‘menjadi’.

“Memang saya buat homework, turun ke Brickfields sebab komuniti orang kelainan upaya penglihatan ini banyak di sana. 

“Saya tengok macam mana kehidupan mereka dan kerja mengurut. Sebab dalam drama ini Wangi bekerja sebagai tukang urut. 

“Saya tak adalah sampai pergi berbual atau temu ramah mereka sebab nanti ganggu privasi mereka pula. Jadi saya banyak buat pemerhatian.

“Sebelum ini saya pun tak tahu rupanya ada persatuan membantu mereka. Bila pegang watak ini, ia membuka mata saya untuk lebih menghargai komuniti seperti ini,” tambahnya. 

Siri drama ‘Hilang’ arahan Ghaz Abu Bakar dan Sein Qudsi dengan jumlah 10 episod ini menawarkan sebuah jalan cerita dengan elemen mistik dan penyiasatan. Turut sama menjayakan drama itu ialah Khir Rahman, Aqasha dan Jasmine Suraya. - Getaran, 17 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Facebook, Instagram, Threads Alami Gangguan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tragedi Kepala Air: Wanita Maut, 4 Mangsa Masih Hilang

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 15 jam yang lalu

Astro dan Disney+ Bawakan Lebih Banyak Rancangan Global Dan Kandungan Tempatan

oleh Rahayu MN