web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Saya Adalah Seorang Ibu Dan Manusia Yang Suka Makan' - BCL Jawab Gosip Liar Dikatakan Hamil 

Kata penyanyi terkenal dari Indonesia itu, dia sedih apabila ramai yang membuat andaian hanya berdasarkan gambar yang dilihat di media sosial 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2022 4:09PM

Bunga Cinta Lestari - Gambar dari PR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari kesal dengan gosip liar yang mendakwa dia sedang hamil berikutan perutnya kelihatan sedikit buncit dalam foto yang menjadi tular di media sosial.

Menjawab pertanyaan tentang gosip berkenaan sewaktu bertemu teman media di Kuala Lumpur sempena sidang media konsertnya, Bunga memberitahu, dia lebih sakit hati kerana menjadi mangsa body shaming

“Sebagai seorang wanita yang sudah bergelar ibu dan juga manusia normal yang suka makan, beginilah keadaan perut saya,” katanya sambil berdiri menunjukkan bentuk perutnya kepada teman media. 

Bunga Cinta Lestari berseloroh sambil menunjukkan perutnya, yang didakwa hamil oleh netizen.
Bunga Cinta Lestari berseloroh sambil menunjukkan perutnya, yang didakwa hamil oleh netizen.

Kata pelantun lagu ‘Ingkar’ ini lagi, gambar berkenaan mungkin diambil dari sudut yang berbeza sehingga menampakkan perutnya kelihatan seperti itu.

“Ramai juga yang tidak faham tentang masalah kembung perut dan juga masalah datang bulan yang boleh menyebabkan perut kelihatan sebegitu. 

“Dua tahun yang lalu, tubuh saya sangat kurus. Saya kehilangan berat badan padahal saya makan banyak. Sekarang saya makan sama seperti dulu, tetapi entah mengapa berat badan saya naik. 

“Dengan keadaan tubuh saya sekarang, saya berharap agar orang lihat saya lebih segar, lebih sihat dan lebih bahagia kerana saya telah melalui fasa-fasa kesedihan kebelakangan ini. Tetapi hal lain pula yang dibicarakan oleh mereka,” katanya sambil ketawa. 

Bunga Cinta Lestari
Bunga Cinta Lestari

Namun, kata pelakon filem Habibie Dan Ainun ini lagi, dia tetap menjalani gaya hidup yang sihat dan sering bersenam. 

“Umur kita makin bertambah, Saya akan menginjak ke usia 40 tahun dalam tempoh beberapa bulan dari sekarang. 

“Saya bukan berumur 20 tahun lagi. Apa yang saya belajar sejak tiga tahun kebelakangan ini adalah untuk menerima apa adanya yang berlaku dalam hidup kita. 

“Apa yang sudah terjadi dalam hidup saya tak mungkin saya akan boleh ubah. Jadi saya belajar untuk menerima ketentuan takdir. 

“Dan apabila saya belajar untuk menerima apa yang berlaku dalam hidup saya, saya juga belajar untuk menerima keadaan bentuk tubuh saya, keadaan mental serta perasaan saya. 

“Saya mahu bersenam supaya rasa sihat dan rasa lebih baik. Tetapi semuanya bukan lagi tentang bentuk tubuh saya. Mungkin jika anda tanya saya 10 tahun lalu, saya mahukan segala-galanya yang diidamkan oleh setiap wanita.

“Kini jika saya rasa mahu makan, saya akan makan. Kenapa perlu menyiksa diri anda dengan berlapar? Anda boleh makan tanpa perlu berlebihan atau kurang. 

“Jalani kehidupan dengan normal. Tak perlu rasa tertekan dengan persepsi orang ramai yang tidak mengenali anda secara peribadi. 

“Jika anda lihat foto yang dimuat naik di Instagram, mungkin semuanya kelihatan sempurna kerana diambil dari suduh yang berbeza dan telah disunting. Kalau terlihat gambar yang diambil secara ‘candid’ atau pun dalam keadaan tak bersedia, harus diterima juga kerana manusia tidak sempurna,”  kongsinya. 

Bercerita mengenai konsertnya yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada 27 Januari tahun hadapan, kata Bunga ini adalah impiannya dan arwah suami iaitu Ashraf Sinclair untuk mengadakan konsert solo di Malaysia. 

“Saya pernah bercerita dengan Ashraf tentang keinginan mengadakan konsert solo di Malaysia. 

“Siapa sahaja yang tidak ingin untuk adakan konsert solo di Malaysia. Malaysia adalah rumah kedua saya. 

“Tetapi, saya tidak sangka dalam diam dia merancang untuk merealisasikan impian saya dan pernah berbincang dengan Iman Tang tentang menganjurkan konsert ini,” ujarnya. 

Tiket untuk konsert yang diberi nama Konsert Blossom – Bunga Citra Lestari ini akan mula dijual kepada umum pada 11 November tepat jam 11 pagi menerusi laman sesawang www.ticket2u.com.my. – Getaran, 10 November 2022.

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 10 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN