web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tolong Jangan Marah Nabil, Kasihan - Raisa Jawab Isu Dimalukan Di Minggu Kelapan GV9

Raisa mengakui tidak menangkap jenaka yang dilontarkan Nabil semasa konsert konsert minggu kelapan GV9.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2022 2:12PM

Raisa di majlis sidang media konsert Raisa Live in Malaysia - Gambar oleh Wafa Awla

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Indonesia, Raisa Andriana tidak berkecil hati dengan usikan pengacara Nabil Ahmad pada konsert minggu kelapan, Gegar Vaganza Musim Kesembilan (GV9) pada Ahad. 

Raisa yang bertugas sebagai juri jemputan pada malam itu mengakui dia berbahasa Inggeris sewaktu memberi komen sewaktu persembahan Hazrul Nizam bagi mengelak menggunakan terma yang mungkin membawa maksud berbeza dalam bahasa Malaysia. 

“Sejujurnya saya takut tersalah cakap sebab ada perkataan yang mungkin membawa maksud berbeza di Malaysia.

“Saya harus memberi komen, jadi saya tidak mahu kalau tersalah konteks. Tapi selepas itu, pengarah persembahan mengingatkan saya untuk berbual dalam bahasa Indonesia sahaja,” katanya ketika ditemui di majlis sidang media konsert Raisa Live in Malaysia hari ini.

Pelantun lagu 'Kali Kedua' itu sendiri mengakui tidak menangkap jenaka yang dilontarkan Nabil semasa konsert berkenaan. 

“Semasa kejadian saya juga tidak sedar apa yang dicakapkan Nabil kerana dia bertutur dengan pantas. Semalam juga saya bertemu Nabil di Era dan kami masing-masing sudah tidak ingat apa yang berlaku semasa konsert. 

“Tolong jangan marah Nabil, kasihan,” tambahnya.

Terdahulu, warganet mengecam tindakan Nabil Ahmad yang menganggap usikan itu melampau sehingga ada yang mendakwa Raisa kelihatan kurang selesa. 

Dalam perkembangan lain, Raisa bakal tampil dengan konsert Raisa Live In Malaysia pada 20 November di Zepp KL. Tiket mula dijual bermula pada harga RM200. Tiket boleh dibeli menerusi www.hitmanlive.com . – Getaran, 8 November 2022 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu