web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saya Masih Single!, Amir Masdi Belum Sedia Punya Kekasih Hati Sebab Dia Punya Impian Untuk…

Untuk memikirkan soal cinta, ia memang bukan keutamaan bekas juara Akademi Fantasia 2016 yang ketika ini sedang hit dengan lagu cover Sepi Sekuntum Mawar Merah. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2022 10:00AM

Amir Masdi - Gambar dari Instagram

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saat ini, kerjaya seni Amir Masdi sedang memuncak dan lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah nyanyian ratu rock Ella yang dirakamnya semula dengan susunan muzik baru meraih sambutan yang baik, bahkan dia sibuk memenuhi undangan menyanyi di sana-sini. 

Namun untuk memikirkan soal cinta, memang ia bukan keutamaan bekas juara Akademi Fantasia 2016 ini. 

“Saya masih single! Belum sedia untuk cari kerana saya mahu selesaikan pengajian saya di Universiri Utara Malaysia (UUM) dan pada masa yang sama mahu kukuhkan momentum kerjaya seni saya.

“Bila semua ini dapat saya kecapi, barulah saya akan fikirkan soal untuk mencari pasangan,” katanya. 

Amir memberitahu setakat ini tiada wanita yang mendekatinya untuk mencurahkan perasaan. 

Amir Masdi
Amir Masdi

“Tapi, dalam kalangan peminat, ada jugalah yang menunjukkan minat. Selalunya saya tidak beri apa-apa respon. Kalau ada pun respon, saya akan kata saya tak boleh beri apa-apa komitmen,” katanya. 

Menurut Amir lagi, dia bersyukur apabila kerjaya seninya memuncak pada tahun 2022. 

“Alhamdulillah, saya gembira dengan progress sekarang. Tapi, masih banyak perkara yang ingin saya capai. 

“Antaranya, kalau boleh saya mahu mempunyai sebuah single sendiri yang betul-betul hit dan satu lagi saya juga mahu membuat konsert solo. 

“Saya juga dalam perancangan untuk kumpul material bagi menghasilkan album penuh saya. Bagi saya mempunyai album sangat penting,” katanya. 

Amir juga tertawa apabila digosipkan mempunyai hubungan dengan penyanyi Shila Amzah yang lebih senior daripadanya. 

Amir Masdi
Amir Masdi

“Orang tengok kami rapat sebab setiap minggu kami main badminton bersama-sama dengan artis lain. Mungkin dari situlah mereka andaikan yang kemungkinan kami ada hubungan. 

“Tapi, hubungan kami hanya kawan biasa. Macam saya kawan dengan artis lain. Antara saya dengan Shila, kami tak pernah pula bincang pasal gosip ini. 

“Kalau kami berhubungan pun atas dasar kerja atau pun pasal badminton. Benda yang perlu sahaja. Saya juga tak perlu nak cover apa-apa. Sebab, kami betul berkawan, buat apa nak cover-cover,” katanya.  - Getaran, 2 November 2022 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 6 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN