web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tomok, Fattah Amin, Amir Masdi Antara Penerima Anugerah Dekan BCIM UUM

Mereka adalah sebahagian daripada penggiat seni yang telah mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif secara Pengajian Jarak Jauh (PJJ) yang berpusat di UUM Kuala Lumpur.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2022 8:15PM

Seramai 28 orang penggiat seni yang juga pelajar rakan Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menjadi penerima Anugerah Dekan untuk semester terakhir pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif (BCIM) - Gambar ihsan UUM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seramai 28 orang penggiat seni yang juga pelajar rakan Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menjadi penerima Anugerah Dekan untuk semester terakhir pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif (BCIM) dalam satu majlis di sebuah hotel di ibu kota.

Antara penerima anugerah tersebut adalah Fattah Amin, Tomok, Amir Masdi, Pekin Ibrahim  Haziq AF dan Aril Pilus.

Mereka adalah sebahagian daripada penggiat seni yang telah mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif  secara Pengajian Jarak Jauh (PJJ) yang berpusat di UUM Kuala Lumpur selama sembilan semester bermula 2016 hingga 2020.

Pekin berkata sokongan semangat daripada ibu, keluarga dan rakan-rakan industri membuatkan dia terus bersemangat untuk melanjutkan pengajiannya sehingga berjaya.

"Apapun, saya bersyukur selepas enam tahun membahagi masa antara belajar dan karier, akhirnya dapat juga diselesaikan dan insya-Allah, majlis konvokesyennya pula akan diadakan pada tahun depan," katanya.

Tomok pula berkata, dia bersyukur menjadi salah seorang penerima penerima Anugerah Dekan.

"Berbaloi dengan usaha selama ini, bertahun-tahun belajar bermula dari 2015, akhirnya sampai juga ke penghujung.

"Dan, tak sabar nak sampai majlis konvoksyen pada bulan Mac nanti," katanya. - Getaran, 27 Oktober 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 6 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN