web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saya Bukan Sombong Atau Jual Mahal, Namron Muat Naik Hantaran Buat Pengarah Hashim Rejab Di FB 

Namron yang menggelarkan dirinya sebagai Tok Ayah juga memberitahu bahawa pelakon berwajah kacak sepertinya, dia memang sentiasa menjadi buruan penerbit. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2022 4:21PM

Namron - Gambar dari Instagram

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Disebabkan sering menolak tawaran untuk berlakon di bawah arahan Hashim Rejab, pelakon Namron telah memuatnak sebuah hantaran di FB yang ditujukan khusus buat pengarah drama dan filem tersebut. 

Dalam hantaran tersebut, Namron menjelaskan, dia sudah beberapa kali menerima tawaran daripada Hashim Rejab termasuk yang terbaharu tetapi ia terpaksa ditolak juga. 

Bukan kerana sombong atau cuba bersikap jual mahal tetapi penolakan tu terpaksa dibuatnya kerana ia bertindih dengan komitmennya bersama produksi lain. 

Pelakon yang menggelarkan dirinya sebagai Tok Ayah ini juga memberitahu, dia  tidak mahu pengarah tersebut menyimpan perasaan curiga atau salah sangka terhadap dirinya apabila seringkali menolak segala tawaran tersebut.

Atas sebab itu, dia telah mengambil inisiatif sendiri untuk menjelaskan perkara titu menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook malam tadi. 

Apa yang melucukan, Namron turut memberitahu sebagai pelakon berwajah kacak sepertinya, dia memang sentiasa menjadi buruan penerbit. 

Hashim Rejab - Gambar dari Facebook
Hashim Rejab - Gambar dari Facebook

Hantaran yang dimuatnaik Namron itu telah meraih perhatian ramai termasuk Hashim Rejab sendiri yang kemudian mengongsinya di akaun Facebooknya dengan kapyens:

“Saya dapat surat cinta dari cinta dari tok ayah, Namron”. 

Apa surat cinta Namron buat Hashim Rejab itu? Jom baca….

“Posting ini saya tujukan kepada pengarah saudara Hashim Rejab. 

“Kehadapan saudara Shim yang saya hormati, sudah lama saya mengenali saudara walaupun hanya beberapa kali sahaja kita bersua muka dan bertegur sapa. 

“Buat pengetahuan saudara, walaupun kita tidak lah serapat seperti isi dan kuku atau aur dan tebing, saya mengagumi kerja kerja pengarahan saudara.

“Secara terus terang saya amat berharap dapat berlakon di bawah arahan saudara suatu hari nanti. Ya, kita belum pernah bekerja bersama walaupun sudah berpuluh tahun dalam industri kreatif ini.

“Bukan juga saudara tidak pernah cuba untuk meminang saya untuk berlakon di bawah arahan saudara. Bukan sekali malah berkali kali juga. Setiap kali itu juga rezeki tidak pernah berpihak kepada kita.

“Terbaru, semalam saudara menghubungi saya untuk tujuan yang sama. Namun saya masih menghampakan saudara. Selepas satu demi satu tawaran saudara saya tolak disebabkan kepadatan jadual saya, saya terfikir, mungkin saudara curiga dengan saya. 

“Apakah mungkin saudara mula menganggap saya tak sudi bekerja dengan saudara dan menjadikan alasan jadual yang ketat sebagai penghalang?

“Di sini saya ingin saudara tahu, jangan berfikir begitu. Saya bukan “jual mahal” tetapi saya benar benar sibuk sehingga awal tahun depan. Ada produksi yang sudah mengikat saya berbulan bulan lebih awal malahan ada yang telah membayar deposit supaya saya tidak melepaskan ikatan.

“Saya juga ingin saudara ketahui, pelakon berwajah kacak seperti saya memang menjadi buruan penerbit. Sama seperti saudara juga, cuma saudara banyak bekerja di belakang tabir jadi tidak melalui seperti yang saya lalui. Sekiranya saudara seorang pelakon saudara akan lebih memahami cabaran menjadi pelakon kacak.

“Akhir sekali saya mendoakan kejayaan projek terbaru saudara dan jangan percaya jika ada yang cuba untuk mengadu domba tentang saya kerana saya juga ada dengar, ada pihak mengatakan saya mula meletakan harga yang tinggi kerana kekacakan saya. Dan, sudah tidak sudi untuk berlakon drama atau telemovie kerana lebih selesa menjadi bintang filem. Percayalah itu tidak benar.

Yang benar

Sahabatmu yang kacak

Nam Ron - Getaran, 26 Oktober 2022 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 6 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN