web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ketiadaan Ranveer Singh, Deepika Padukone Di Perayaan Diwali Dipersoal, Mengiyakan Berita Cerai 

Apa sudah jadi dengan Raveena dan Deepika. Mengapa mereka tidak hadir seperti mana Katrina Kaif-Vicky Kaushal, dan Aishwarya Rai Bachchan dan Abhishek Bachchan?

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2022 8:00AM

Gambar dari Instagram Ranveer Singh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ketiadaan Ranveer Singh and Deepika Padukone dalam beberapa perayaan besar Diwali yang dianjurkan beberapa selebriti Bollywood telah meninggalkan tanda tanya di kalangan peminat mereka.

Apa sudah jadi dengan Raveena dan Deepika. Mengapa mereka tidak hadir seperti mana Katrina Kaif-Vicky Kaushal, dan Aishwarya Rai Bachchan dan Abhishek Bachchan?

Baru-baru ini, sewaktu pereka fesyen terkemuka, Manish Malhotra mengadakan parti Diwali, Ranveer dan Deepika juga tidak kelihatan. Ketiadaan mereka telah mengiyakan lagi khabar berita yang kononnya mereka akan bercerai.

Tapi, tunggu dulu. Ada sebab kenapa pasangan selebriti Bollywood paling serasi dan berpengaruh ini tidak hadir. 

Menurut laporan Bollywoodlife.com, Ranveer ketika ini sibuk terbang ke sana sini untuk memenuhi tuntutan dan komitmen kerja. Manakala, Deepika pula hanya berehat dan tumpukan pada komitmen kerjanya sahaja.

Sengaja dia tidak datang kerana dia tidak mahu menghadiri segala majlis parti itu sendirian. Jika Deepika hadir seorang diri, akan timbullah pelbagai spekulasi lagi yang akan mengiyakan khabar angin tentang perceraian mereka itu.

Seperti mana tahun-tahun sebelumnya, Deepika pasti akan menyambut Diwali bersama keluarganya di Bangalore.

Tapi, sejak berkahwin dengan Ranveer, sudah tentulah Deepika akan menyambut Diwali bersama Ranveer dan keluarga mertuanya. - Getaran, 24 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Farid Kamil, Diana Danielle Bercerai

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Fazura Fail Permohonan Cerai, Sahkan Desas-Desus Rumah Tangga Bergolak

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Nora Danish, Nedim Bercerai Talak 1

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Hisyam Hamid Belum Bersedia Kongsi Status Terkini Bersama Isteri, Mahu Jaga Hati Anak-Anak

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 8 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...