web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Yasmin Hani Nafi Kahwini Kekasihnya, Alif Hujung Tahun Ini

Menurut selebriti popular itu, dia masih dalam proses mengenali kekasihnya Muhammad Alif Abdul Hadi, 34 itu dengan lebih mendalam lagi.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2022 7:00PM

Yasmin Hani

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan pengacara TV Yasmin Hani menafikan bahawa kekasihnya, pelakon Alif Hadi, ada mengeluarkan kenyataan mengenai rancangan mereka untuk mendirikan rumah tangga menjelang akhir tahun ini.

Menurut selebriti popular itu, dia masih dalam proses mengenali kekasihnya Muhammad Alif Abdul Hadi, 34, itu dengan lebih mendalam lagi.

“Sebenarnya, Aliff tidak pernah berkata berkenaan status perkahwinan kami, mungkin kenyataan dia hanyalah ‘lebih awal, lebih baik’.

“Kami masih dalam fasa berkawan dan mengenali hati budi masing-masing dan ia tidak  perlu tergesa-gesa, ‘there is no need to rush’,” kata Yasmin.

Hani berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada sidang media ‘Dapur Tempur’, di Sunway Geo Avenue, Petaling Jaya semalam.

Yasmin atau nama sebenar Yasmin Hani Ismail Richardson, 43, berkata, masih tiada perancangan yang serius berhubung perihal tersebut (perkahwinan).

“Kami belum ada perancangan yang serius sampai ke situ lagi waktu pun macam masih belum sampai ke arah itu lagi dan saya kami selesa dengan berkawan lagi.

“Lagipun, saya juga nak pastikan Alif betul-betul ‘ready’ sebab saya ada cara saya sendiri dalam menguruskan perihal keluarga, anak-anak masih ada ayah mereka.

“Jadi, ini adalah satu proses yang panjang sebenarnya, bukannya senang main suruh orang kahwin cepat-cepat,” ujar pelakon itu.

Menurut pelakon drama ‘The Hotel’ itu, dia mahu kekasihnya itu bersedia sepenuhnya sebelum membuat keputusan untuk melayari alam rumah tangga.

Ketika ditanya berkenaan dakwaan netizen bahawa mereka tinggal serumah, pelakon itu berkata, sedih mendengar spekulasi seumpama itu.

“Sebenarnya, saya rasa pemikiran mereka terlampau kolot bila ramai yang ‘assume’ kita orang duduk serumah. Habis emak saya nak campak kat mana?

“Ibu saya menetap dengan saya dan ada pembantu rumah bersama saya, dan Aliff selalu datang rumah saya untuk makan.

“Kalau orang nak tau, video yang dibuat itu sebenarnya itu pintu peti ais saya, jadi saya tak peduli apa orang nak kata. Lagipun kalau dalam keluarga kita ada orang macam itu, kita layan biasa je kan?

“Tapi kenapa bila tengok orang luar, bila boyfriend datang rumah, kita cakap dia tidur satu rumah?,” soalnya.

Tambah Hani, dia hanya berasa kecewa memikirkan spekulasi sebegitu akan memberi kesan kepada anak-anaknya.

“Cuma saya tak mahu anak-anak nampak bila mereka dah besar. Tapi bila saya fikir balik, anak-anak tahu, Tok Mi ada, Kak Nor ada, saya ada, semua orang ada.

“Abang saya juga  kerap datang makan-makan, Jadi saya tak peduli sangat kata-kata netizen ini,” ujarnya.

“Sekarang saya nak fokus ‘happy’ and waras, it’s so important, kerana ramai sangat yang kat luar sana tak waras,” katanya. - Getaran, 20 Oktober 2022

Gambar: TV#

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

“Jika Dipermudah, Saya Bakal Kahwini Yasmin Hani Tahun Ini”- Alif Hadi

2

Selebriti 4 tahun yang lalu

Sorotan Getaran 2021 : Retak Di Tengah Jalan! Senarai Selebriti Berpisah 2021

3

Selebriti 4 tahun yang lalu

Yasmin Hani Dan Shahrin Razali Berpisah

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Muzik 16 jam yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Filem & TV 1 hari yang lalu

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

Dibintangi barisan pelakon baharu dan berpengalaman seperti Nia Atasha, Yusuf Hashim, Faziq Mugris dan Scha Al-Yahya, Kisah Hati berkisar tentang konflik cinta...

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.