web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Caprice Nak Belanja Rakyat Malaysia Beras, Minyak Dan 3 Lagi Barang Lain Di Mydin

Terdahulu nama Caprice dan Mydin menjadi topik hangat di media sosial apabila pempengaruh media sosial terkenal itu mahu mengambil tindakan undang-undang di atas hantaran yang dibuat oleh jenama pasar raya terkemuka itu.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2022 6:00PM

Caprice - Gambar dari Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas menuntut permohonan maaf dari pihak Mydin kerana telah membuat hantaran seolah menyindirnya, terbaru, Caprice ingin belanja rakyat Malaysia untuk membeli belah di pasaraya itu.

Menerusi hantarannya di Insta Story telah menyampaikan hasrat untuk belanja sesiapa sahaja untuk membeli belah di pasar raya Mydin pada minggu hadapan.

“Cap nak belanja rakyat Malaysia beras, minyak dan tiga barang pilihan anda secara percuma minggu hadapan. Pilih lokasi mana anda nak Cap belanja,” tulisnya.

Antara pilihan cawangan pasaraya Mydin yang diberi ialah Subang Jaya, Bukit Jelutong dan Batu Caves.

Ini bukan kali pertama Caprice nak belanja rakyat Malaysia. Sebelum ini dia pernah belanja minyak petrol sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas kerana diserbu oleh pengguna kenderaan.

Jika benar Caprice nak belanja rakyat Malaysia, nampaknya ini adalah satu usaha yang mulia.

Mungkin salah faham yang tercetus di antara pihak Mydin dan Caprice ini ada hikmah yang terselindung disebaliknya. 

Manalah tahu Caprice dipilih jadi duta terbaru Mydin. Khabarnya kedua-duanya berhati mulia suka membantu golongan yang memerlukan. - Getaran, 20 Oktober 2022.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 17 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN