web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Plot Twist’- Foto Selena Gomez Dan Hailey Bieber Berdakap Dianggap  Momen Bersejarah, Tular Satu Dunia 

Bagaikan tidak percaya, itulah yang dirasakan peminat di seluruh dunia tatkala melihat foto mesra Selena Gomez bersama Hailey Bieber dalam satu majlis.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2022 11:26AM

Gambar berpelukan antara Selena Selena Gomez dan Hailey Bieber dikatakan satu momen menarik dan bersejarah dalam dunia hiburan. - Gambar dari Instagram Tyrell Hampton

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tular di seluruh dunia apabila dua figura popular, Selena Gomez dan Hailey Bieber telah bergambar bersama dalam satu majlis.

Selena dan Hailey bertemu pada majlis Academy Museum Gala bertempat di Los Angeles pada Sabtu lalu dan gambar mereka berdua telah dirakam jurufoto, Tyrell Hampton yang kemudiannya dimuat naik di akaun Instagram dengan menulis kapsyen ‘Plot Twist’. 

Foto Selena dan Hailey lantas menjadi tular di media sosial dan dimuat naik oleh kebanyakan laman sosial terkemuka dunia sehingga nama mereka berdua sohor kini di Twitter.

Peminat menganggap ini adalah momen bersejarah dalam industri hiburan. 

Dalam beberapa keping foto yang diambil Tyrell, kelihatan Selena dan Hailey sangat mesra seperti kenalan yang sudah lama mengenali di antara satu sama lain, malah dilihat saling berpelukan. 

Hailey Bieber (kiri) dan Selena Gomez.
Hailey Bieber (kiri) dan Selena Gomez.

Gambar ini sekali gus melenyapkan spekulasi bahawa mereka berdua sedang perang dingin kerana masing-masing punya sejarah bersama Justin Bieber. 

Selena pernah menjadi kekasih Justin selama beberapa tahun bermula 2010 sebelum hubungan mereka terputus dan selepas itu Justin menjalin hubungan dengan Hailey yang kini telah sah menjadi isterinya. 

Beberapa minggu lalu, nama Hailey menjadi sebutan ramai selepas dia membuat sesi temu bual untuk menceritakan segalanya tentang hubungannya bersama suaminya, Justin Bieber. 

Dikatakan selama ini, Hailey menjadi mangsa serangan peminat fanatik Selena Gomez yang tidak dapat terima kenyataan bahawa Justin Bieber yang merupakan bekas kekasih Selena telah berkahwin dengan Hailey. 

Malah ketika menghadiri satu majlis anugerah, Hailey dikatakan telah menangis kerana diserang secara lisan oleh peminat Selena sehingga dia terpaksa memakai cermin mata hitam untuk menyembunyikan matanya yang bengkak akibat menangis. 

Dengan tersiarnya gambar Selena dan Hailey ini, diharapkan segala tohmahan serta gosip liar mengenai hubungan dingin mereka akan berakhir dan masing-masing pun sudah  ‘moved on’ dengan kehidupan mereka. – Getaran, 18 Oktober 2022.

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 21 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN