web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Madonna Dikecam Hebat Selepas Beritahu Dia Gay, Peminat Tuduh Dia Terdesak Untuk Raih Perhatian 

Di dalam video tersebut, Madonna dilihat cuba membuang sepasang seluar dalam berwarna merah jambu ke dalam tong sampah di dalam bilik airnya dengan kapsyen: If I miss, I’m gay”.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2022 12:52PM

Madonna - Tangkapan layar dari video TikTok Madonna

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bintang pop, Madonna dilanda kontroversi berikutan sebuah video yang dimuatnaik di dalam platform TikTok miliknya. 

Di dalam video tersebut, Madonna dilihat cuba membuang sepasang seluar dalam berwarna merah jambu ke dalam tong sampah di dalam bilik airnya. Bagaimanapun dia gagal menepati sasaran sewaktu membuat lontaran. 

Ibu kepada enam anak yang sudah pun menginjak usia 64 tahun ini juga menulis kapsyen: “If I miss, I’m gay” dan dalam tempoh masa selama sejam, video itu telah meraih 1.3 juta tontonan.

Selepas gagal menepati sasaran, penghibur lagenda ini telah memberikan satu pandangan ke arah kamera, sebelum berpusing secara dramatik dan mengangkat tangannya ke udara. 

Susulan daripada video yang dimuatnaik itu, Madonna telah diserang oleh  peminatnya yang tersinggung selepas memberikan bayangan bahawa dia gay dalam videoTikTok yang tular tersebut. 

Namun, salah seorang peminat tegar Madonna menulis di Twitter: “Tindakan pelik Madonna ini, bukan sesuatu yang saya jangkakan. Madonna bukan gay. Dia hanya mahukan perhatian”. 

Yang lain menulis: "Mereka melakukan ini untuk kerjaya dan untuk mencari perhatian. Madonna bukan gay dan tidak pernah. 

Tidak jelas sama ada bintang itu hanya bergurau atau benar-benar membuat kenyataan mengenai seksualitinya.

Walaupun pernah bercumbu dengan beberapa artis wanita sebelum ini seerti Britney Spears dan Christina Aguilera di Anugerah MTV Muzik Video 2003, namun dia tidak pernah menjalinkan hubungan dengan wanita secara terang-terangan. 

Bahkan, sebelum ini, dia lebih banyak dilaporkan menjalinkan hubungan dengan lelaki termasuk Tupac Shakur, Vanilla Ice, and Dennis Rodman.

Dia juga pernah berkahwin sebanyak dua kali iaitu bersama aktor Sean Penn pada 1985 sehingga 1989 dan kemudian bersama produser dan pengarah Hollywood, Guy Ritchie yang mana, mereka dikurniakan anak lelaki, Rocco, 22.  

Dia juga pernah menjalinkan hubungan dengan seorang penari bersama Carlos Leon yang juga bapa kepada anak perempuanyan, Lourdes, 25. – Getaran, 12 Oktober 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 4 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN