web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Tak Pernah Tayang Lurah, Seluar Dalam, Tapi Maki Hamun Semua Dapat – Baby Shima

Lebih mengejutkan, kata baby Shima, bila ada ada pihak yang pernah mendoakan agar dia  cepat mati, namun dia cuba untuk tidak ambil pusing terhadap perkara itu. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2022 12:00PM

Baby Shima - Gambar dari Instagram Baby Shima

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dikatakan sering tampil dengan pakaian seksi, pelakon dan penyanyi dangdut Baby Shima seakan sudah lali menerima carutan dan makian daripada warganet.

Menurut pemilik nama sebenar Nor Ashima Ramli, sesekali terdetik juga di dalam hati melihat selebriti lain yang pernah tampil dengan imej yang lebih mencolok mata namun mereka tidak pernah mendapat kecaman seteruk dirinya.

“Saya nampak ada orang pakai lebih seksi daripada saya. Siap tayang lurah, pinggul dan nampak seluar dalam. Tapi orang puji, siap cakap “slay”. Saya tak pernah tayang dan tunjuk itu semua, tapi semua makian saya dapat. Saya sabar.

“Saya sudah tidak kisah. Sebab apa yang saya buat semua orang akan kecam. Bila bagi makan kucing pun orang kecam. Sebagai artis, saya kena bersedia dengan kecaman. Namun mujurlah bila ada persembahan ramai yang datang,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis sidang media filem Biko.

Baby Shima sering mencapat kecaman netizen akibat penampilannya. - IG Baby Shima
Baby Shima sering mencapat kecaman netizen akibat penampilannya. - IG Baby Shima

Lebih mengejutkan, pernah ada pihak yang mendoakan agar penyanyi itu cepat mati. Tidak mahu ambil pusing, pelantun lagu ‘Baby Sayang’ itu memilih untuk berdiam diri dan tidak membazirkan tenaga melayan semua kecaman yang hanya akan membuatkannya lebih tertekan.

Pelakon itu juga memuji tindakan ustaz yang menelefon untuk menegur perbuatannya dengan cara terhormat.

“Ada ustaz yang bertauliah terus telefon saya, menegur saya secara peribadi. Saya tiada masalah menerima teguran. Tapi yang tak seronoknya bila ada pihak yang tegur saya secara terbuka. Bila sebut nama saya secara terbuka begitu, semua makian dan hinaan saya akan dapat,” katanya.

Di sebalik kecaman yang diterima, perjalanan karier Shima turut berkembang. Melakonkan watak utama dalam filem terbaharu bertajuk Biko sebagai Sara, Shima berharap watak ibu yang dibawanya akan dapat memberi kesan yang mendalam kepada penonton.

Dalam perkembangan lain, Shima baru sahaja selesai  menjalani penggambaran untuk video muzik lagu terbaharunya. Lagu bertajuk Bisa Bisanya Kamu itu merupakan hasil ciptaan Pasha Ungu yang dihasilkan khas untuk pasaran muzik Indonesia. - Getaran, 6 Oktober 2022 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu