web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Brad Pitt Cekik, Pukul Muka Salah Seorang Anak Ketika Dalam Pesawat 

Insiden itu berlaku ketika anak-anak mereka cuba mempertahankan Angelina daripada diserang oleh Brad ketika berada di dalam pesawat, pada 2016. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2022 9:59AM

Gambar yang dirakamkan pada 2015 ini menunjukkan Angelina Jolie dan Brad Pitt hadir pada malam pembukaan tayangan 'By the Sea' di California. Ketika itu mereka masih berkahwin. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon serta aktivis terkenal Hollywood, Angelina Jolie memfailkan aduan balas terhadap bekas suaminya, Brad Pitt pada Selasa dan mendedahkan butiran baharu tentang perkara yang disifatkannya dalam dokumen mahkamah sebagai kelakuan kesat olehnya dalam pesawat persendirian pada 2016 yang membawa kepada pembubaran perkahwinan mereka.

Menurut wakil peguam Angelina, Brad telah menuntut Angelina menandatangani perjanjian agar tidak mendedahkan atau memberi sebarang kenyataan mengenai penderaan fizikal serta emosi Brad terhadap anak-anak mereka kepada mahkamah jika Angelina mahu menjual bahagiannya dalam syarikat wain yang mereka miliki bersama. 

Menurut laporan yang dikeluarkan The New York Times, Brad dikatakan telah mencekik salah seorang dari enam anak mereka dan memukul seorang lagi di muka. Dia juga telah memegang dan menggoncang Angelina serta  menuang bir ke atas Angelina. Dia juga didakwa pada satu ketika telah menuang bir dan wain ke atas anak-anak mereka. 

“Pertikaian itu bermula apabila Brad menuduh Angelina ‘terlalu menghormati anak-anak mereka dan kemudian mula menjerit kepadanya di dalam bilik air. Brad memegang kepala Angelina dan menggoncangnya, dan kemudian memegang bahunya serta menggoncangnya semula sebelum menolaknya ke dinding bilik air. Brad kemudian menumbuk siling pesawat berkali-kali, menyebabkan Angelina meninggalkan bilik air.

“Apabila salah seorang daripada anak mereka datang membela Angelina, Brad menerjang kanak-kanak itu dan menangkapnya dari belakang. Di tengah-tengah pertengkaran itu, Brad mencekik salah seorang daripada anak mereka serta memukul seorang lagi di muka," menurut kenyataan dalam fail saman itu. 

Insiden di dalam pesawat ini sentiasa menjadi subjek utama pihak media sejak 2016. Namun pada ketika itu, tiada butiran jelas tentang apa yang sebenarnya terjadi di dalam pesawat sehingga mendorong kepada penceraian pasangan paling popular di Hollywood ini. 

Nama Angelina Jolie dan Brad Pitt menjadi sohor kini di Twitter selepas berita mengenai Brad mencekik dan memukul anak mereka dilaporkan pihak media. 

Bahkan, sudah ada gerakan yang dilakukan untuk memboikot semua karya melibatkan Bard Pitt sama ada secara lakonan ataupun karya-karya yang melibatkannya sebagai penerbit. 

Brad dan Angelina mula rapat selepas sama-sama terlibat dengan filem Mr & Mrs Smith pada 2005. Namun pasangan yang terkenal dengan jolokan ‘Brangelina’ ini berkahwin pada tahun 2014. 

Sepanjang perkongsian hidup bersama, mereka telah dikurniakan tiga orang anak di mana dua daripadanya adalah pasangan kembar. Mereka turut memiliki tiga anak angkat. - Getaran, 5 Oktober 2022.

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 12 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN