web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BTS ARMY Dan Blackpink Blinks Gaduh Teruk Kerana Gambar Intim V Dan Jennie, Gurumi Haribo Pula Curahkan Minyak Di Dalam Api

Gurumi Haribo dilaporkan merancang untuk berdepan dengan Jennie di Paris untuk memintanya menjawab tentang kesahihan mengenai khabar angin bahawa dia dan V sedang menjalinkan hubungan cinta.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2022 12:03PM

Jennie dan V - Gambar todayonline.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Khabar angin tentang hubungan cinta yang mengaitkan penyanyi BTS, Kim Taehyung aka V dengan rapper Blackpink, Jennie nampaknya masih belum selesai diperkatakan. 

Bahkan, dek kerana khabar angin inilah, kedua-dua peminat kepada kumpulan K-Pop ini bergaduh teruk di alam maya. 

Peminat BTS yang dikenali sebagai ARMY cuba mempertahankan V, manakala peminat Blackpink yang menggelarkan diri mereka Blinks pula cuba melindungi Jennie. 

Tindakan V dan Jennie yang mengambil keputusan untuk berdiam diri daripada memberikan apa-apa kenyataan balas membuatkan peminat lebih marah lagi serta bertikam lidah sesama mereka. 

Begitu juga tindakan syarikat pengurusan bakat masing-masing, YG Entertainment dan HYBE yang tidak banyak memberikan maklum balas. Ia lebih mengecewakan peminat. 

Memburukkan lagi keadaan, apabila pihak yang didakwa  bertanggungjawab menyebarkan gambar intim Jennie dan V iaitu Gurumi Haribo dilaporkan merancang untuk berdepan dengan Jennie di Paris untuk memintanya menjawab tentang kesahihan mengenai khabar angin bahawa mereka berdua sedang menjalinkan hubungan cinta. 

Blackpink ketika ini sedang berada di Paris untuk menjayakan Minggu Fesyen Paris iaitu kota yang yang bukan sahaja dikenali sebagai romantis, tetapi juga menjadi pusat fesyen dunia. 

Sejak Gurumi Haribo (yang tidak dikenali identitinya) menyebarkan gambar intim Jennie dan V sewaktu mereka bercuti di Pulau Jeju, fandom BTS ARMY dan Blackpink Blinks telah berperang hebat di Twitter. 

Mereka juga berharap agensi pengurusan kedua-dua artis ini iaitu YG Entertainment dan Hybe akan Big Hit Entertainment dapat melakukan sesuatu dengan segera untuk melindungi artis mereka. 

Namun, banyak gambar-gambar tersebar yang menambahkan lagi api yang membara tentang khabar angin mengenai hubungan cinta Jennie dan V. 

Atas sebab itu, Gurumi Haribo memberitahu, dia dan beberapa orang lagi akan berusaha untuk membuatkan Jennie bersuara daripada berdiam diri mengenai khabar angin itu, sementara rapper itu berada di Paris bersama beberapa anggota Blackpink yang lain. 

Gurumi juga memberitahu, dia bersama 15 orang yang lain bercadang untuk mendekati dan bertanya Jennie mengenai perkara itu secara sopan. 

Tambah Gurumi lagi, dia juga kumpulannya itu juga akan meminta komen yang sama daripada Jennie seberapa banyak yang boleh. 

Apa yang dimaklumkan Gurumi itu tersebar di media sosial dan ia membuatkan Blinks berasa cukup bengang. Mereka menghantar mesej kepada Gurumi memintanya supaya tidak mengganggu Jennie. 

Apabila HYBE mula mengeluarkan kenyataan untuk melindungi artis mereka, V, Gurumi memberitahu, dia tidak menerima sebarang notis undang-undang daripada sesiapa. Semalam, YG Entertainment juga sudah mengeluarkan kenyataan mereka untuk melindungi Jennie. 

Persoalannya di sini, siapa sebenarnya Gurumi Haribo?  - Getaran, 4 Oktober 2022

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 22 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN