web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia, Aku Cinta Padamu - Lee Min Ho

Min Ho memaklumkan sedang menjalani penggambaran dua drama iaitu ‘As A Star’ serta drama ‘Pachinko’ musim kedua.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2022 9:00PM

Min Ho dikerumuni oleh peminat dan pengawal keselamatan semasa tiba di KLIA.

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kali terakhir menjejakkan kaki ke Malaysia pada 2016, pelakon terkenal Korea Selatan Lee Min Ho mengakui teruja dapat sekali lagi bersua muka dengan peminatnya di Malaysia.

Apalagi kehadirannya dan keberangkatannya diraikan dengan sangat meriah oleh peminatnya di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) minggu lalu.

Semasa sesi sidang media, Min Ho sempat meluahkan rasa terharunya sebaik sahaja mendengar peminat menjerit ‘saya rindu awak’ ketika mendarat di lapangan terbang.

Terkini, pelakon itu memuat naik beberapa keping gambar di laman Instagram rasminya dengan kapsyen:

“Selamat tinggal Malaysia. Aku Cinta Padamu”.

Hantaran itu menerima lebih daripada 34 ribu komen yang rata-ratanya berharap agar pelakon itu dapat kembali ke Malaysia di masa akan datang.

“Aku juga cinta padamu,” kata seorang peminat.

“Menyesal tak pergi. Tak tahu pula pakwe saya datang Malaysia,” tulis satu komen.

“Alamak, dia mengaku cinta pula,” kata seorang lagi peminat.

Min Ho memaklumkan sedang menjalani penggambaran dua drama iaitu ‘As A Star’ serta drama ‘Pachinko’ musim kedua.

Min Ho hadir ke Malaysia bagi memenuhi undangan konsert ulang tahun Cuckoo yang turut dihadiri barisan selebriti tanah air seperti Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Aina Abdul, DOLLA, Datuk Jamal Abdillah, Misha Omar dan lain-lain. - Getaran, 3 Oktober 2022

 
 
 
 

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

Scha Dan Awal Duduk Sebaris Bersama Lee Min Ho Di Pertunjukan Fesyen Milan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 23 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...