web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rupanya Dah ‘Clash’ Dengan Ahli Perniagaan, Park Min Young Single, Sibuk Berlakon

Tuduhan bahawa Park Min Young menerima manfaat kewangan daripada individu berkenaan adalah tidak benar sama sekali. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2022 6:19PM

Park Min Young - Gambar dari allkpop.com

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Desas-desus mengenai percintaan pelakon Park Min Young dengan seorang ahli perniagaan dikenali sebagai 'Kang' akhirnya terjawab apabila dia dilaporkan telah putus hubungan dengan inividu berkenaan.

Berita itu dikongsikan agensi pelakon What's Wrong With Secretary Kim itu, Hook Entertainment, menerusi satu kenyataan akhbar. 

“Terlebih dahulu kami ingin memohon maaf atas maklum balas yang sedikit lambat. Kami memerlukan masa untuk mendapatkan fakta yang sahih. 

“Pertama sekali, Park Min Young telah pun putus hubungan dengan individu yang dikaitkan. Juga, tuduhan bahawa Park menerima manfaat kewangan daripada individu berkenaan adalah tidak benar sama sekali. 

“Kakaknya (Park) yang juga merupakan pengarah INBIOGEN bakal meletakkan jawatan tidak lama lagi,” tulisnya seperti dilaporkan Soompi. 

Bukan itu sahaja, pihak agensi turut menjelaskan bahawa pelakon itu akan lebih berhati-hati agar tindakannya tidak akan menjejaskan drama Love In Contract yang sedang dalam penggambaran.

“Terkini, fokus serta komitmen Park hanyalah untuk drama Love In Contract yang sedang dalam penggambaran. Dia tidak ingin mempunyai apa-apa masalah yang boleh menjejaskan drama berkenaan.

“Namun, Park berjanji akan lebih berhati-hati dengan segala tindakan yang dilakukan agar tidak memberi kesan buruk kepada keluarga serta orang terdekatnya. Ini juga menjdi tanggungjawab Park sebagai selebriti?” tulis siaran akhbar itu. 

Terdahulu, Dispatch melaporkan bahawa Park mempunyai hubungan istimewa dengan seorang ahli perniagaan di Korea Selatan bernama Kang.  Gambar mereka berdua yang tersebar luas sebelum ini mengukuhkan lagi khabar angin itu. – Getaran, 30 September 2022 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 5 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN