web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerana Skandal Curang, Netizen Cipta Pelbagai Meme Tentang Adam Levine

Hollywoodlife telah mengumpul tiga meme berkaitan isu skandal Adam di TikTok yang sifatkan cukup kelakar serta mencuit hati.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2022 10:00AM

Levine teruk dikecam di media sosial. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pepatah lama ada mengatakan, jangan bermain api, nanti akhirnya membakar diri. Itulah yang terjadi kepada penyanyi Maroon 5, Adam Levine yang telah dituduh menjalinkan hubungan dengan model Instagram, Sumner Stroh, 21.

Pada 19 September lalu, Sumner telah memuak naik sebuah pautan video di platform TikTok yang antaranya mengandungi mesej bertulis yang dipercayai dihantar Adam kepadanya.

Sumner juga turut memberitahu bahawa dia telah menjalinkan hubungan selama setahun dengan Adam yang kemudiannya berakhir pada 2021.

Namun, dia memberitahu bahawa pada sekitar bulan Jun, Adam yang mana isterinya adalah Behati Prinsloo, 34, yang sedang sarat mengandung anak ketiga mereka telah menghantar mesej kepadanya bertanya adakah okay jika dia (Adam) menamakan bayi yang belum lahir itu dengan namanya.

Sebaik sahaja video itu menjadi viral, Adam dengan mengeluarkan kenyataan melalui Instagram miliknya, menafikan bahawa dia mempunyai hubungan fizikal dengan Sumner.

Adam menulis: “Saya telah menggunakan pertimbangan yang lemah dalam berinteraksi dengan sesiapa sahaja selain daripada isteri saya  dalam apa jua cara yang menggoda.

“Saya tidak mempunyai hubungan sulit, bagaimanapun saya telah melangkau batasan dalam tempoh yang amat saya kesali dalam hidup saya.”

Namun, isu skandal Adam Levine tidak terhenti setakat itu sahaja. Beberapa hari selepas itu, beberapa wanita lain tampil ke hadapan memberitahu tentang mesej-mesej menggoda yang diterima mereka daripada Adam semasa  berumahtangga dengan Behati yang juga seorang model Victoria’s Secret.

Apa yang menarik, kesemua mereka mempunyai bukti yang sahih tentang dakwaan mereka terhadap Adam. Walaupun Adam menganggap semua tuduhan-tuduhan itu mungkin sudah berakhir, namun dia pasti tidak menyangka, akan menerima pelbagai kecaman hebat di sosial media.

Di platform Twitter dan TikTok misalnya, berbagai pautan meme mengenai isu skandal Adam dengan wanita-wanita ini dimuat naik pengguna media sosial.

Hollywoodlife telah mengumpul tiga meme berkaitan isu skandal Adam di TikTok yang sifatkan cukup kelakar serta mencuit hati.

Menerusi meme ini, pengguna TikTok @courtinee telah mengusik Adam menggunakan babak Adam Sandler dalam filem Happy Gilmore yang dibintangi Adam Sandler, 56.

“I’m stupid, you’re smart. I was wrong, you were right. You’re the best, I’m the worst. You’re good-looking, I’m not attractive.”

Kapsyennya bertulis: Adam Levine cuba untuk menyelesaikan masalah di rumahnya. Ironinya.

Meme yang seterusnya memaparkan Kermit The Frog sedang duduk termenung sambil merenung ke bawah dan lagu Memories yang dibawakan Adam Levine menjadi lagu penghias latar.

Ia turut disertakan dengan dialog Kermit: “Hari ini saya mengetahui bahawa Adam Levine berkahwin dengan model VS. Kemudian saya mendapat tahu bahawa dia membohonginya  selepas 8 tahun berkahwin semasa dia mengandung anak ke-3 mereka.

“Dan 3 saat selepas itu saya mengetahui bahawa dia mahu menamakan anak yang bakal lahir itu dengan nama  perempuan simpanannya. Tunggu saya memerlukan satu minit”.

Satu lagi meme viral yang kelakar tentang Adam adalah sebuah video yang menggunakan lagu hitnya, She Will Be Loved sebagai lagu latar.

Dalam kapsyen video ini, penggunaan TikTok bernama @lunememe menulis: Adam telah memberitahu kita semua.

Lagu latar Adam yang dimainkan itu memuatkan lirik: “I drove for miles and miles and wound up at your door. I’ve had you so many times but somehow I want more.”

Dalam lirik itu, Adam mungkin cuba memberitahu bahawa dia mahukan lebih dan tidak hanya isterinya, Berhati semata-mata. - Getaran, 25 September 2022

 
 

Isu Pada

Alena Murang: Ini Identiti Saya

24 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Fahmi Nafi Arah Agensi Media Tutup Ruangan Komen

Sorotan

1

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

2

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

3

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Selebriti 23 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN