web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aktres Bollywood, Nora Fatehi Disiasat Polis Selama 4 Jam Kerana Kes Cuci Duit 

Nora bagaimanapun memberitahu polis bahawa dia adalah mangsa kepada konspirasi dan bukan seorang konspirator. Baca dengan lebih lanjut. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2022 10:26AM

Nora Fatehi - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Minggu lepas barangkali adalah minggu yang tidak bernasib baik buat aktres Bollywood Nora Fatehi kerana dia telah disoal-siasat selama empat jam oleh polis Delhi berhubung wang sebanyak 200 crore, melibatkan seorang lelaki yang kini dipenjarakan kerana menipu, Sukesh Chandrashekhar. 

Turut disiasat ialah Pinky Irani dan aktres Jacqueline Fernandez. Pinky dikatakan menjadi orang tengah yang memperkenalkan Nora dan Jacqueline kepada Sukesh. 

Nora bagaimanapun memberitahu polis bahawa dia adalah mangsa kepada konspirasi dan bukan seorang konspirator. Dia juga menunjukkan tangkapan layar perbualannya dengan Sukesh.

Ketika dalam siasatan, polis turut bertanya Nora, siapa yang mengundangnya untuk menghadiri sebuah acara majlis amal di Tamil Nadu. 

Nora kemudian menyebut nama Afsar Zaidi. Nora mendakwa, Asfar Zaidi adalah promoter kepada Exceed Entertainment Private Limited untuk acara yang dianjurkan Super Car Artistry. 

Ditanya siapa yang membayar perjalanannya ke Tamil Nadu dan segala perbelanjaan yang lain, Nora menyebut nama Leena Paul dan mendakwa wanita itu adalah pemilik Nail Artistry. 

Ditanya lebih lanjut tentang acara yang dihadirinya itu, Nora memberitahu bahawa ia adalah sebuah majlis amal. Acara itu diadakan di 5 Star Banquet pada Disember 2022. Tempahannya telah dibuat melalui agensinya, Exceed Entertainment Private Limited dan dianjurkan LS Corporation serta Nail Artistry. 

Polis juga memberitahu Nora tentang dakwaan Sukesh terhadap dirinya, yang mana katanya, Nora berkeras mahukan kereta BMW 5 Series untuk menghadiri acara amal tersebut. 

Nora bagaimanapun menafikan kenyataan Sukesh dan memaklumkan kereta itu dihadiahkan kepadanya atas dasar kasih sayang dan kemurahan hati. 

Bahkan, Nora turut memaklumkan pada awalnya dia menolak pemberian kereta itu kerana telah memiliki kereta jenama yang sama. 

Dia turut disoal sama ada bertemu Leena dan Pinky dalam acara berkenaan serta menerima hadiah daripada mereka. Nora mengakui bahawa Lee ada menghadiahkannya beg Gucci dan iPhone. Pada saat itu juga dia dimaklumkan tentang pemberian kereta BMW tersebut. 

Nora juga mendakwa, selepas pemberian kereta tersebut, dia telah menerima panggilan telefon daripada Sukesh dan kemudian dia telah memberikan nombor telefon suami kepada sepupunya bernama Bobby untuk sebarang urusan masa depan. 

Apabila ditanya bilakah dia mula berasa was-was dengan Sukesh, Nora menjawab, sewaktu dia mendapat panggilan kerap daripada lelaki itu dan cuba memikatnya dengan pemberian hadiah, dia sudah memahami niat tersebut dan segera memutuskan hubungan dengan lelaki itu serta pengurusnya. 

Sebelum itu, Jacqueline Fernandez telah disoal siasat selama berjam-jam bersama Pinky Irani. Mereka telah bertelagah antara satu sama lain dalam sesi soal-siasat tersebut. 

Pada awal September, Nora Fatehi telah disoal siasat oleh polis selama sembilan jam dan telah ditanya 50 soalan. 

Dalam pada itu, polis dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Nora dan Jacqueline yang dikaitkan dengan Sukesh, sama sekali tidak tahu mereka telah menerima beberapa hadiah. 

Menurut sumber, Sukesh cuba menipu Nora, tetapi apabila percubaannya itu tidak berjaya, dia cuba beralih pula kepada Jacqueline. 

Sukesh Chandrashekhar yang berasal dari Bengaluru di Karnataka India, ketika ini telah dipenjarakan atas kesalahan 10 kes jenayah yang dilaporkan ke atas dirinya. – Getaran, 22 September 2022 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 15 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN