web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Fasha Isteri Saya, Tiada Siapa Boleh Sentuh Dia – Aidil Aziz

Walaupun akui cemburu dengan babak mesra Fasha bersama pelakon lelaki lain, namun Aidil akui seronok bekerja dengan isterinya dalam drama bersiri, ‘Rampas Cintamu’.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2022 9:05PM

Fasha Sandha dan Aidil Aziz - Gambar Instagram Fasha Sandha

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Aidil Aziz mengakui sesekali terdetik perasaan cemburu melihat isterinya, Fasha Sandha melakonkan babak romantis dan mesra bersama pelakon lelaki lain di set penggambaran. 

Dalam drama ‘Rampas Cintaku’, Fasha yang juga memegang watak sugar mommy (Datin Safieya) diminta melakonkan beberapa adegan mesra yang sedikit berani bersama pelakon lelaki lain iaitu Afieq Shazwan sesuai dengan tuntutan naskhah. 

“Seronok dapat bergandingan dan bekerja dengan isteri saya dalam drama ini.  Sebenarnya saya cemburu juga dengan babak mesra dia dan Afieq, tapi saya profesional. Dia pelakon, saya juga pelakon. Saya juga ada berbincang dengan Afieq untuk beberapa babak.

“Di dalam set, dia adalah Datin Safieya. Tapi di luar set, dia adalah isteri saya dah tiada siapa boleh sentuh dia,” kata Aidil tersenyum ketika ditemui Getaran di majlis sidang media drama ‘Rampas Cintaku’ sebentar tadi. 

Melakonkan watak gigolo bernama Syahrul, Aidil mengakui ia adalah karakter baru yang tidak pernah dibawa sepanjang karier lakonannya.

Maka Aidil banyak melakukan perbincangan bersama-sama pengarah dan rakan pelakon untuk memastikan lakonanya menjadi.

“Setahu saya tidak pernah ada drama di Malaysia yang ada watak gigolo. 

“Namun, kali ini saya dapat watak sebegini. Ia sebuah karakter yang berbeza daripada apa yang anda tonton di televisyen dan sangat mencabar. 

“Jadi kami banyak melakukan perbincangan sebelum melakonkan sesuatu babak. Semuanya atas dasar profesional,” tambahnya.

‘Rampas Cintaku’ yang ditayangkan di platform penstriman iQIYI bermula 23 September merupakan drama rantaian 15 episod khas untuk penonton dewasa. 

Ia menceritakan tentang Datin Safieya yang kecewa apabila suaminya mempunyai perempuan simpanan. Bagi membalas dendam, dia kemudian mengupah seorang gigolo bernama Rizal yang kemudian jatuh hati kepadanya. 

Turut sama menjayakan drama berklasifikasi 18 tahun ke atas ini ialah Zarul Husin, Ady Mohammad, Erynn Abdullah dan Puteri Balqis. – Getaran, 13 September 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Fasha Sandha Tidak Putus Terima Tawaran Kerja

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Iklankan Khidmat Persundalan, 'Hot Daddy', 2 Teman Wanita Didakwa

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PRN: Berkempen Secara Matang - Mufti Kelantan

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Latihan Dah Buat, Kecederaan Fasha Sudah Suratan - Azhan Rani

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 14 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN