web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tuduhan Palsu Itu Melukakan Hati Saya - Ricky Martin Saman Anak Saudara RM90 Juta 

Menurut Martin tuduhan yang dilemparkan Dennis Yadiel Sanchez, 21, bahawa dia melakukan penderaan seksual ke atas dirinya itu bukan sahaja tidak benar, bahkan cukup menjijikkan. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2022 2:00PM

Ricky Martin menyaman anak saudaranya kerana membuat tuduhan palsu yang mengaitkannya dengan penderaan seksual. - Gambar AFP 

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Livin’ La Vida Loca, Ricky Martin telah mengambil tindakan undang-undang untuk menyaman anak saudaranya selepas membuat tuduhan palsu yang mengaitkannya dengan penderaan seksual. 

Martin turut membuat tuntutan ganti rugi sebanyak AS$20 juta (RM90 juta) daripada anak saudaranya yang sebelum ini mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual dan sumbang mahram bapa saudaranya, tetapi kemudian menarik balik dakwaan tersebut. 

Pada Julai lalu, seorang hakim di Puerto Rico membenarkan permohonan Dennis Yadiel Sanchez, 21, untuk mendapatkan perintah sekatan sementara terhadap bapa saudaranya itu, selepas mendakwa Martin merayau di sekitar kediamannya sekurang-kurangnya tiga kali selepas kononnya memutuskan hubungan yang terjalin selama 7 bulan. 

Menurut Martin pula, tuduhan yang dilemparkan anak saudaranya itu bukan sahaja tidak benar, bahkan cukup menjijikkan. 

Anak saudara Martin secara sukarela telah menarik balik tuduhan itu pada 21 Julai lalu dan kes yang difailkan terhadap Martin kemudian ditolak. 

Namun, Martin yang membuat tuntutan mahkamah di Puerto Rico terhadap anak saudaranya pada 7 September lalu mendakwa, tindakan itu dibuat kerana dia berasakan dirinya telah teraniaya, diganggu serta ditikam dari belakang.

Martin juga mendakwa apa yang dilakukan Sanchez adalah semata-mata untuk mengambil kesempatan bagi mendapatkan wang dengan cara mudah. 

Tuduhan palsu yang dibuat anak saudaranya itu juga menyebabkan Martin kehilangan punca pendapatan sebanyak AS$10 juta (RM45 juta) akibat kehilangan kontrak dan projek yang dibatalkan susulan reputasi yang telah terjejas teruk. 

Tuntutan itu mampu membunuh reputasi dan integriti Martin sebagai seorang artis. - Gambar AFP
Tuntutan itu mampu membunuh reputasi dan integriti Martin sebagai seorang artis. - Gambar AFP

Dalam tuntutan tersebut, Martin mendakwa, anak saudaranya itu akan terus membunuh reputasi dan integritinya sebagai seorang artis jika dia tidak menerima sebarang faedah kewangan. 

Sekitar Oktober 2021 sehingga Januari 2022, Sanchez menghantar sehingga 10 mesej sehari kepada Martin, namun kebanyakannya mengandungi mesej yang tidak bermakna. 

Sanchez turut memaparkan nombor telefon bimbit Martin di Instagram sehingga memaksa penyanyi itu menukar nombor telefon lain. 

Menjawab dakwaan penderaan seksual itu selepas kes terhadapnya ditolak, Martin menganggap dirinya adalah mangsa pembohongan dalam video berdurasi hampir dua minit pada 22 Julai lalu.

"Malangnya, serangan itu datang daripada ahli keluarga sendiri. Saya hanya doakan yang terbaik untuknya dan moga dia sedar. 

"Pembohongan boleh menyebabkan begitu banyak kemudaratan. Ia merosakkan saya, suami saya, anak-anak saya, ibu bapa saya, keluarga saya,” kata Martin pada ketika itu. 

Tambah Martin, dia merasa sangat terluka dengan apa yang berlaku. 

"Saya akan mencari kedamaian, ketenangan, seperti yang selalu saya temui diakhir ujian mendatang ini," pada akhir kenyataan videonya.

Sementara itu, The Independent telah cuba menghubungi wakil Sanchez untuk mendapatkan komen. – Getaran, 12 September 2022

Sumber: The Independent

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 6 hari yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 7 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN