web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Belanja Pembedahan Besar Iaitu RM20,000, Saya Dahulukan Duit Untuk Anak' - Aaron Aziz

Walaupun doktor menyarankan agar Aaron melakukan pembedahan untuk mengeluarkan saraf yang tersepit, namun pelakon itu juga harus akur dengan beberapa risiko termasuk lumpuh.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Sep 2022 10:00PM

Aaron Aziz - Gambar ihsan Astro

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Datuk Aaron Aziz mendedahkan, dia  tidak lagi melakukan senaman berat di gim sejak disahkan menghidapi sakit saraf.

Bukan itu sahaja, hasil imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) yang dilakukan baru-baru ini juga mendapati aktor itu mempunyai ketumbuhan di bahagian bawah tulang belakang, namun mujurlah ia bukan di tahap serius.

“Sebelum ini kalau menyapu di rumah sampai tiga jam pun tiada masalah. Namun baru-baru ini, bila saya menyapu setengah jam sahaja, dah rasa sakit. Bila buat MRI, doktor dapati macam ada ketumbuhan di lowest spine saya,” katanya ketika ditemui Getaran pada majlis sidang media drama Takdir Cinta Dhia baru-baru ini. 

Walaupun doktor menyarankan agar Aaron melakukan pembedahan untuk mengeluarkan saraf yang tersepit, namun pelakon itu juga harus akur dengan beberapa risiko termasuk lumpuh. 

“Saya tidak boleh melakukan pembedahan dalam masa terdekat kerana ada banyak projek yang sedang saya lakukan. Jadi sekarang saya akan cucuk steroid agar tidak sakit.

“Pembedahan juga mempunyai risiko yang perlu saya hadapi seperti boleh lumpuh. Kalau pun saraf yang tersepit itu sudah dikeluarkan, namun sakit itu boleh datang kembali,” jelasnya.

Bercakap tentang belanja perubatan, ia juga menjadi salah satu sebab mengapa Bintang Paling Popular 2013 itu menangguhkan pembedahan. 

“Kos ubat sahaja sudah mencecah dua hingga tiga ribu. Manakala kos pembedahan akan memakan belanja kira-kira RM20,000. 

“Wang adalah perkara yang saya kena fikirkan kerana anak-anak saya semua sudah sambung belajar dan memerlukan perbelanjaan besar. Saya berlakon ini pun untuk selesaikan yuran pengajian mereka. Namun, mujurlah saya mempunyai insuran,” jelasnya. 

Namun begitu, akur dengan risiko yang bakal dihadapi, Aaron tetap berhasrat untuk melakukan pembedahan akhir tahun ini.

“Bila masa sudah tiba untuk lakukan pembedahan, saya akan buat. Saya fikir dalam hujung tahun ini setelah kerja penggambaran selesai. Saya berhasrat menunaikan umrah,” tambahnya.

Terkini Aaron bakal membintangi watak utama dalam drama 40 episod bertajuk Takdir Cinta Dhia.

Drama bergenre crime-thriller ini bakal ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang mulai 12 September ini.

Penonton boleh menyaksikannya di saluran Astro Prima (105). Turut sama menjayakan drama ini ialah Shah Jaszle, Elvina Mohamad, Nada Nur Syuhada dan Nazrief Nazri. -  Getaran, 5 September 2022





 

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 13 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN