web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Akhirnya, Salamiah Hassan Selamat Bernikah Dengan Kekasih Lamanya, Gerald Hughes 

Salamiah akhirnya mengakui bahawa kesabaran dan pandemik yang berpanjangan telah membuatkan hatinya terbuka untuk mengahwini Gerald Hughes. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2022 4:11PM

Salamiah (duduk tengah) kini sah bergelah isteri kepada Gerry. - Gambar ihsan Salamiah Hassan

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Salamiah Hassan, 71, telah selamat melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihannya, Gerald Hughes yang berasal dari Australia. Majlis pernikahan mereka itu telah berlangsung di Tasmania Australia, awal pagi tadi. 

Telah menjalinkan hubungan cinta secara on and off dengan kekasihnya itu, Salamiah akhirnya mengakui bahawa kesabaran dan pandemik yang berpanjangan telah membuatkan hatinya terbuka untuk mengahwini Gerald yang digelar sebagai Gerry. 

Gambar ihsan Instagram Salamiah Hassan
Gambar ihsan Instagram Salamiah Hassan

“Dia memang sudah lama mengajak saya untuk berkahwin. Tapi, saya yang tidak bersedia. Namun, dia cukup sabar menunggu dan pandemik juga membuatkan saya terfikir betapa singkatnya hidup ini. 

“Pandemik telah mendekatkan saya dengan dia walaupun kami berjauhan dan akhirnya hati saya terbuka untuk menerimanya sebagai pasangan hidup saya,” katanya yang pernah berkongsi cerita ini dengan penulis. 

Menurut Salamiah lagi, dia tidak mendapat sebarang tentangan daripada pihak keluarga Gerry mengenai perkahwinan mereka itu. 

“Mereka sudah lama mengenali saya. Begitu juga dengan anak-anaknya. Mereka juga mahu Gerry mengahwini saya,” katanya sambil tersenyum bercerita. 

Sewaktu menyambut bulan Ramadan dan Aidilfitri, Salamiah yang mesra disapa sebagai Kak Anya telah mengambil cuti yang panjang untuk menziarahi anak saudaranya yang menetap di Melbourne, Australia. 

Suasana sekitar majlis pernikahan Salamiah dan Gerry. - Gambar Instagram ihsan Atilia Haron
Suasana sekitar majlis pernikahan Salamiah dan Gerry. - Gambar Instagram ihsan Atilia Haron

Bahkan, penyanyi lagu Gelombang yang juga ibu kepada Atilia Haron ini juga turut mengambil kesempatan tersebut untuk menziarahi Gerry dan seluruh keluarga besarnya. 

Dalam pada itu, Atilia yang tidak dapat berada di Tasmania untuk menyaksikan pernikahan ibunya yang bersejarah itu menyatakan rasa syukur dan gembiranya. 

"Kita menerima saudara baru pagi ini, Gerald Hughes. Alhamdulilah! Cinta hati kami telah menemui kebahagiaannya. 

“Tidak dapat bersama anda hari ini mama, tapi kami berpeluang untuk menyertai secara online. Tidak sabar untuk memeluk anda berdua. Kita adalah famili sekarang. Alhamdulillah. Saya sangat gembira,” katanya. 

Tim Getaran mengucapkan tahniah buat Salamiah Hassan dan pasangannya, Gerry Hughes. Semoga perkahwinan mereka akan kekal bahagia hingga ke jannah. - Getaran, 1 September 2022

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

3 Tarikan Baharu Berasaskan Marin Di Australia Barat

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala ASEAN B-16: Malaysia Tewas 0-2 Kepada Australia

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Anwar Tarik Pelabur Australia Dan ASEAN, Kongsi Persekitaran Kondusif Malaysia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ada Potensi Luas Untuk Kukuhkan Perkongsian ASEAN - Australia - Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 8 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN