web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Tak Pernah Tutup ‘Pintu Hati’ Kembali Bersama Bekas Isteri - Afdlin Shauki

Menurut pelakon berumur 51 tahun itu lagi, dia tidak pernah menolak sekiranya dia dan bekas isteri ditakdirkan bersama semula suatu hari nanti. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2022 8:10PM

Afdlin Shauki bersama Maria Christina dan anak-anak. - Gambar fail

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Benarlah jodoh di tangan Tuhan. Walaupun sudah 25 tahun hidup sebagai suami isteri, pengarah Datuk Afdlin Shauki Aksan akhirnya menerima ketentuan rumah tangga yang dibina bersama-sama Datin Maria Christina Orow Abdullah sudah berakhir.

Biarpun sudah tidak lagi tinggal sebumbung, pelakon itu bagaimanapun menegaskan hubungan mereka masih baik dan dirinya tetap seorang sahabat karib kepada bekas isteri hingga ke akhir nyawa.

“Saya dan bekas isteri masih baik cuma perjalanan hidup kami mungkin sudah berbeza. Sebab itu kami masih boleh bekerja bersama-sama. 

“Ketika pandemik melanda, saya banyak bekerja di luar. Keluarga pula takut dengan virus dan situasi pada waktu itu menyebabkan saya banyak kali tidak balik rumah sebab risau saya akan terbawa pulang virus.

“Namun, kami masih berhubung melalui panggilan video. Itulah antara isu yang menyebabkan hubungan kekeluargaan kami terganggu,” kata Afdlin semasa ditemui di majlis pelancaran sitkom sci-fi AI.5Y.

Menurut pelakon berumur 51 tahun itu lagi, dia tidak pernah menolak sekiranya dia dan bekas isteri ditakdirkan bersama semula suatu hari nanti. 

“Saya dah bercerai pada bulan puasa tapi kami tetap beraya bersama-sama. Kita mungkin sudah hidup di alaf baru, di mana walau sudah bercerai tapi kita masih berkawan. Zaman saya dulu kalau sudah cerai nak sebut pun tak boleh.

“Saya akui tidak pernah tutup rezeki untuk kembali bersama. Dekat mahkamah sebelum bercerai pun kami pegang tangan minta maaf antara satu sama lain, peluk dan kemudian lafaz cerai. Menitik air mata saya waktu lafazkan cerai. Tapi itulah perkara yang dia nak,” kata Afdlin.

Bercakap mengenai reaksi anak-anak, Afdlin dan bekas isteri berbincang secara baik mengenai keputusan ini bersama-sama anaknya. 

Mujurlah anaknya Mia Sara, Anais dan Ileana Matin memahami kehendak orang tua dan menyokong keputusan perpisahan ini.

“Semasa bulan puasa sebelum bercerai, saya dan bekas isteri duduk dan borak dengan anak-anak. Nampaknya mereka faham. 

“Mereka minta kami teruskan jika itu yang membuatkan kami berdua gembira. Walau sudah bercerai kami masih nak besarkan anak-anak bersama-sama,”dedah pelakon Lelaki terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) 2001 itu.

Terkini, Afdlin bakal tampil bersama anaknya Mia Sara dalam siri AI.5Y yang mengisahkan tentang Jehan yang mengendalikan satu saluran komedi atas talian yang kehilangan pembantunya kerana aksi prank yang melampaui batas.

Satu kekeliruan telah mengakibatkan Jehan menerima AI.5YA, sebuah robot peneman. 

Akan tetapi, apabila video-video Jehan bersama AI.5YA menjadi viral, beliau terpaksa merahsiakan identiti sebenar AI.5YA daripada peminat dan saingan, termasuklah Maya, saingan terdekatnya dan adiknya, Jasmine. 

Drama tersebut ditayangkan menerusi platform Viu, bermula 18 Ogos lalu. Turut sama menjayakan drama tersebut ialah Zizan Razak, Ako Mustapha dan Ozlynn Waty. - Getaran, 24 Ogos 2022. 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 4 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...