web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ustaz Abu Syafiq Menang Kes Saman Fitnah Siber Terhadap PU Faiz 

PU Faiz telah diarahkah mahkamah untuk membayar pampasan kepada Abu Syafiq selaku plaintif serta-merta. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2022 7:48PM

Abu Syafiq dan Nurul Hafidzah Hassan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pendakwah Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ari menang kes saman fitnah siber terhadap seorang personaliti televisyen program Pencetus Ummah, PU Faiz atau nama sebenarnya Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli setelah gagal membela diri.

Keputusan itu dibuat oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas hampir dua tahun kes saman fitnah siber itu berlangsung.

Peguam utama yang mewakili Ustaz Abu Syafiq iaitu Nurul Hafidzah Hassan berkata, hakim perbicaraan mendapati defendan yang juga seorang ‘influencer’ yang aktif di laman sesawang media sosial Facebook, bertanggungjawab kerana siaran dan komen-komen defendan bersifat fitnah.

“Melalui penghakiman itu mahkamah memutuskan bahawa kandungan siaran oleh defendan bahawa anak guam, Ustaz Abu Syafiq telah mengkafirkan Ustaz Ebit Lew dan lain lain pernyataan adalah fitnah. 

“Sekali gus menyebabkan anggapan bahawa beliau suka mengkafirkan orang lain, melanggar syariat Islam, melakukan sesuatu yang dikeji, jahil dan tidak mahu menerima ilmu, seorang pemfitnah, berperangai celaka, biadap, tidak mempunyai akhlak seperti seorang ustaz, seorang pembohong, tidak boleh dipercayai dan hanya berkata-kata kosong,” kata  peguam litigasi dan korporat dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors itu.

Abu Syafiq difitnah defendan di dalam kumpulan sembang aplikasi WhatsApp yang dinamakan sebagai ASWAJA Nusantara dan juga dalam satu siaran pautan menerusi akaun Facebook yang telah dimuat naik defendan pada Julai 2020.

Dalam keputusannya, mahkamah bersetuju dengan tuntutan yang dikemukakan plaintif dan menunjukkan bahawa semua sebutan ataupun rujukan kepada plaintif telah disiarkan defendan melalui kenyataan-kenyataan fitnah tersebut.

Mahkamah memutuskan bahawa plaintif telah pun berjaya dalam kes mereka terhadap defendan dan memerintahkan supaya defendan membayar ganti rugi am dan dibayar serta merta.

PU Faiz telah dikenakan faedah ke atas ganti rugi pada kadar lima peratus dari tarikh pemfailan sehingga penyelesaian sepenuhnya.

Mahkamah juga mengarahkan fitnah-fitnah berkenaan perlu dikongsi ulang dalam permohonan maaf dan disiarkan di media sosial aplikasi Facebook, dimuatnaik pada tetapan awam dan dibiarkan sehingga tarikh yang telah dipersetujui.

Defendan juga diberi injunksi, melarang sama ada dirinya, orang suruhan atau ejennya daripada menerbitkan atau menyumbang kepada sebarang bentuk kenyataan memfitnah, memalukan atau menjatuhkan reputasi plaintif di masa akan datang.

Sebelum ini, pada Januari tahun ini, Abu Syafiq telah menang saman fitnah siber yang diambil beliau ke atas seorang individu yang bernama Hamidah Rapaee yang memfitnah beliau di Facebook dan melalui penyiaran video di Youtube.

Kes saman fitnah beliau ke atas pengacara televisyen Amin Idris masih berlangsung. – Getaran, 16 Ogos 2022. 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 2 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...