web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dituduh Kikis Dan Jalin Hubungan Dengan Suami Orang, Anak Azhar Sulaiman Beri Penjelasan

Kasih Iris Leona didakwa menjadi ‘scammer’ dengan mengikis duit lelaki yang bergelar suami orang sedangkan dia tiada niat untuk berkahwin dengan lelaki berkenaan. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2022 11:43AM

Kasih Iris Leona - Gambar dari Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tular di media sosial apabila terdapat seorang pengguna media sosial mendakwa anak kepada aktor terkenal, Azhar Sulaiman yang dikenali sebagai Kasih Iris Leona didakwa menjalin hubungan dengan suami orang. 

Menurut wanita berkenaan, Leona dikatakan turut mengikis wang suaminya sebanyak RM3,000 sebulan dan menggelarnya sebagai ‘scammer’.

“Kepada Azhar Sulaiman, saya telah meninggalkan komen di akaun Instagram anak anda berkenaan perangai sundalnya bersama suami saya. 

“Tolong tanya anak anda tentang semua wang yang telah dia gunakan sepanjang menjalin hubungan sulit dengan suami saya. 

“Minta dia untuk kira semua jumlah bil hotel, makanan, tiket penerbangan, dan percutian ketika bersuka ria dengan suami saya sewaktu saya saya sendirian menjaga anak-anak kami di rumah,” tulisnya.

Katanya lagi, jika Leona tidak memulangkan kembali wang itu, dia akan membuat laporan polis tentang perkara ini.

“Dia telah melakukan penipuan (scam), sedangkan tiada niat untuk berkahwin dengan suami saya. Saya mahukan semua wang saya dikembalikan. 

“Untuk maklumat anda, kerana anak anda, saya kini tiada wang simpanan sejak 2014.  Suami saya berperangai seperti lelaki mabuk tatkala berbelanja untuk anak anda.

“Saya rasa anak anda tidak dara lagi sedangkan saya masih ‘dara ‘ sewaktu berkahwin dengan suami saya. Tolong ada sedikit maruah. Dia tiada hak untuk menggunakan wang suami saya kerana dia bukan isteri yang sah,” tulisnya. 

Sementara itu Leona yang menyedari tentang komen si  wanita itu telah memuatnaik komen berkenaan di Instagram Story miliknya. 

Menurut Leona, segala tuduhan yang dilemparkan wanita berkenaan adalah tidak benar sama sekali.

“Hanya mahu memberitahu bahawa ianya 100% tidak benar. Saya tidak pernah keluar atau bertemu dengan suami sesiapa. Ibu bapa saya tahu dan mereka percayakan saya. 

“Wanita itu kata saya ambil wangnya, tetapi saya tidak pernah meminta wang walaupun dari ibu bapa saya sendiri,” kongsinya. - Getaran, 15 Ogos 2022.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 18 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...