Berita Terkini

15 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Sudahlah Dirogol, Beranak Seorang Diri, Ia Membuatkan Isyariana Menangis Setiap Hari 

Disebabkan itu, Isyariana akui drama bersiri 'Biarkan Aku Pergi' ini adalah naskhah paling berat pernah diterimanya sepanjang berlakon. 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2022 8:32PM

Isyariana Che Azmi dan Amar Baharin - Gambar dari TV3

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi dan pelakon yang memiliki wajah iras Agnes Monica, Isyariana Che Azmi, 31, mengaku bahawa drama bersiri, Biarkan Ia Pergi yang menggandingkannya sekali lagi dengan aktor Amar Baharin banyak membuatkannya menangis. 

“Watak yang saya pegang dalam drama kali ini sangat berat. Rasanya hampir 50 hari lebih menjayakan penggambaran drama bersiri ini, saya asyik menangis sepanjang hari. 

“Ia berbeza dengan watak saya dalam drama bersiri terdahulu iaiti Hati Yang Dikhianati yang turut menggandingkan saya dengan Amar. Ia tidak begitu kerana masalahnya cuma berkisar tentang cinta. 

“Tapi dalam drama ini. saya perlu bermain dengan perasaan dan menjiwai emosi apabila dirogol sehingga sukar membuka perasaan kepada lelaki lain,” katanya. 

Menurut bekas pelajar Akademi Fantasia Musim 2016 ini, ini adalah kali pertama dia mendapat naskhah drama yang cukup besar. 

“Sebelum ini, saya tidak pernah mendapat naskhah yang sebegini. Bagi saya watak yang saya bawakan kali ini agak unik kerana ia turut melibatkan isu keluarga, anak, hati, perasaan dan dendam.

“Babak yang paling saya tidak boleh lupakan adalah apabila saya terpaksa melahirkan anak seorang diri dalam hujan. 

“Saya bertarung untuk melahirkan anak saya itu tanpa sesiapa pun di sisi. Tiada keluarga dan kawan-kawan yang menemani. 

“Itulah satu-satunya babak yang saya tidak boleh lupa,” katanya lagi. 

Isyariana juga bersyukur kerana akhir-akhir ini mula mendapat watak sebagai pelakon utama dalam setiap drama yang ditawarkan kepadanya. 

“Saya bersyukur. Tapi, saya juga okay kalau ditawarkan watak pembantu. Saya tidak kisah pun dan saya juga tidak harapkan sesuatu naskhah drama itu akan melonjakkan nama saya dalam industri ini. 

“Ini kerana saya akui banyak lagi yang saya harus belajar. Setiap naskhah yang saya dapat akan saya hargai serta melakukan yang terbaik. 

“Saya harap penonton akan hargai dan dapat menerima hasil kerja saya,” katanya. 

 Isyariana - Gambar dari Instagram
Isyariana - Gambar dari Instagram

Selepas selesai menjalani penggambaran Biarkan Ia Pergi pada Mei lalu, Isyariana memberitahu dia kini sibuk memberikan fokus terhadap bidang nyanyian. 

“Sejak sebulan lebih ini, saya sibuk menjayakan beberapa persembahan tertutup. Projek drama saya belum ambil lagi. 

“Saya masih lagi sedang menunggu dan juga menilai naskhah yang sudah diterima,” katanya. 

Walaupun pendapatan hasil nyanyian jauh lebih lumayan daripada bidang lakonan namun Isyariana mengakui minatnya dalam bidang seni lebih tertumpu kepada lakonan. 

“Walaupun saya sudah menyanyi dari kecil dan menyertai beberapa program realiti, tapi minat dan jiwa saya lebih kepada lakonan. 

“Cuma rezeki untuk buat show memang tengah datang sekarang ini. Jadi, saya ambil peluang ini untuk menyanyi dahulu. Lagipun, saya tidak mahu fokus pada satu bidang sahaja. Apa sahaja rezeki yang datang, saya akan sambut,” katanya lagi. 

Biarkan Ia Pergi adalah drana arahan Fairuz Loy dan menampilkan lakonan mantap Amar Baharin, Isyariana, Zaki Azeman, Idzham Ismail, Lia Natalia dan Asha Merican.

Diterbitkan SR One Sdn Bhd dan hasil nukilan skrip Wan Mahani Wan Hassan serta Liza Nur, ia merupakan adaptasi daripada novel berjudul Biarkan Ia Pergi karya Liza Nur.

Drama ini berkisar mengenai Alisa Othman (Isyariana) yang mempunyai kehidupan yang diidamkan oleh ramai wanita. 

Alisa sangat bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang penyayang, teman lelaki yang sentiasa di sisi dan kawan setia yang menjadi tempat bergantung. Namun kehidupan Alisa berubah selepas bertemu Zaquan Zachary (Amar Baharin).

Drama bersiri 20 episod ini bakal ditayangkan di slot Samarinda mulai hari ini, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam dan strim secara langsung di www.tonton.com.my - Getaran, 11 Ogos 2022

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 14 jam yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 6 jam yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

Pelakon jelita berkenaan berkongsi kejayaannya itu di akaun media sosial miliknya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Skandal Baharu Aliff Aziz Terbongkar, ‘Ibu Terpaling’ Padam IG?

Sejak kes kecurangan anak lelakinya terbongkar, ibu kepada Aliff Aziz ini lantang mempertahankan anaknya, termasuk di media sosial

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 18 jam yang lalu

Industri Hiburan Penghubung Antara Malaysia Dan China – Shila Amzah