web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anak Nampak 'Kelibat' Di Rumah, Nora Danish Pasang Ayat al-Quran

Akibat daripada kejadian itu, anaknya mengadu sukar tidur.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2022 8:06PM

Nora Danish

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Ma, saya tak boleh tidur. Nampak kelibat.”

Demikian kata-kata yang terpacul daripada mulut anak kepada pelakon jelita Nora Danish. Berhadapan dengan situasi ini, rata-rata ibu-bapa Asia akan sekadar mengendahkannya dan tidak mempercayai apa yang diperkatakan anak mereka. 

Menyedari ia adalah teknik parenting skill yang salah dan boleh mempengaruhi kesihatan mental anak-anak, pemilik nama sebenar Nora Mohd. Danish Hanif merasakan perlunya untuk golongan ibu mendengar dan memberi perhatian terhadap ketakutan yang dialami anak-anak walaupun kadangkala kedengaran tidak munasabah.

“Banyak kes kesihatan mental ini bermula daripada rumah. Kadangkala, ia nampak tidak kecil tapi sebenarnya sangat membekas dalam hati anak-anak dan membuat mereka menjadi lebih teruk. 

“Perkara ini pernah terjadi kepada saya. Kalau dulu waktu kita kecil kalau kita nampak hantu dan kita beritahu ibu kita, mereka akan menyalahkan kita dan cakap kita mengarut. Mereka akan suruh kita baca ayat Kursi.

“Baru-baru ini anak saya beritahu perkara yang sama kepada saya. Dia datang mengadu tak boleh tidur sebab nampak hantu. Saya berikan jawapan yang sama seperti mana yang pernah saya terima waktu kecil dulu. 

“Tapi jawapan anak mengejutkan saya. Dia kata ‘tengok, saya tahu ibu takkan percayakan saya. Selepas ini saya tak akan cakap apa-apa kepada ibu,”dedah Nora ketika ditemui di majlis sidang media filem Kan Cheong baru-baru ini.

Nora Danish bersama barisan pelakon Kan Cheong.
Nora Danish bersama barisan pelakon Kan Cheong.

Walaupun tidak bermaksud untuk memperkecilkan anak-anak, namun cara didikan tersebut boleh menggoyahkan kepercayaan antara ibu bapa dan anak.

“Cara didikan dulu dan sekarang berbeza. Kita tak boleh gunakan cara yang sama dalam membesarkan anak. Kena ada pengetahuan untuk berbual dengan anak agar tidak sensitif,” katanya.

Bukan itu sahaja, ibu kepada Mohamed Neqayl Nedim dan Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram mengakui sangat teliti jika berbual dengan anak-anak termasuk sekecil-kecil perkara seperti penggunaan perkataan semasa berbual. 

“Dengan anak-anak pun saya tak pernah menggunakan perkataan putus asa. Saya selalu pesan kepada mereka kita boleh nangis, tapi hari ini tapi esok kita kena bangkit kembali dan fikir bagaimana nak tangani masalah ini,” tambahnya. 

Bercakap mengenai kesihatan mental, Nora juga mengalami keresahan (anxiety) terutama bila mendengar berita kematian. 

“Sejak berumur ini, saya lebih takutkan kematian. Bayangkan kalau nak naik kapal terbang, saya akan gemuruh, tangan saya akan sejuk dan akan tinggalkan wasiat kepada anak-anak. 

“Saya telefon ibu saya semua dan beritahu di mana harta. Mungkin sudah lama berkurung semasa perintah kawalan pergerakan juga menjadi salah satu punca,” dedahnya.

Bagi mengatasi perasaan itu, Nora banyak membaca dan mendengar ayat-ayat dan ceramah motivasi.

Terkini, pelakon itu bakal tampil dalam sebuah filem yang mengangkat isu kesihatan mental terbitan Thinkerball Studious bertajuk Kan Cheong. 

Memegang watak sebagai Ayu, Nora bakal bergandingan dengan Niezam Zaidi dan Jay Iswazir. Filem ini bakal ditayangkan menerusi saluran 480 bermula 11 Ogos ini. - Getaran, 10 Ogos 2022. 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 20 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN