web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ribuan Netizen Termasuk Rakan Artis Beri Sokongan Pada Mizz Nina

Lebih 12,000 komen membanjiri akaun Instagram Mizz Nina selepas dia membuat pengumuman mengenai perceraiannya bersama Noh Salleh semalam.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2022 11:00AM

Nina dan Noh mengumumkan perceraian semalam - Gambar dari Instagram Mizz Nina

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas membuat pengumuman mengenai perceraian mereka, Instagram Mizz Nina dihujani dengan kata-kata semangat serta sokongan daripada ribuan netizen serta rakan selebriti.

Sehingga kini, hantaran Mizz Nina mengenai perceraiannya bersama Noh Salleh itu telah mendapat lebih 250,000 tanda suka dan lebih 12,500 komen. 

Antara rakan selebriti yang memberikan kata-kata semangat kepada Nina ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Nur Fazura, Shila Amzah, Ummi Nazeera, Puan Sri Tiara Jacquelina, Che Puan Sarimah Ibrahim, Vivy Yusof, Ajak Shiro dan ramai lagi. 

“Nina adikku, saya rasa sangat sedih membaca berita ini. Tetapi, tetap dapat merasai kekuatan kamu. Saya tahu hakikat ini menyakitkan tetapi Allah lebih tahu apa yang terbaik. 

“Semoga kamu berdua temui kedamaian di sebalik kesakitan ini. Dan, semoga Musa sentiasa rasa disayangi dan dihargai. Pelukan besar buat kamu,” tulis Che Puan Sarimah Ibrahim dalam komennya. 

Nina dan Musa. - Gambar dari Instagram Mizz Nina
Nina dan Musa. - Gambar dari Instagram Mizz Nina

Sementara itu ribuan peminat dan netizen mendoakan agar Nina terus kuat dan diberikan ketenangan serta kebahagian diatas ujian ini. 

Terdahulu, petang semalam media melaporkan Nina dan Noh dikatakan telah bercerai talak satu pada 3 Ogos lalu di Mahkamah Syariah Daerah Gombak Timur. Kedua-dua mereka mengesahkan penceraian itu malam semalam selepas membuat pengumuman rasmi di akaun Instagram masing-masing. – Getaran , 5 Ogos 2022.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu