web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gangguan Benda Mistik Ini, Dekat Disko Pun Ada - Hasnul

Ketika berdepan dengan situasi gangguan mistik di set penggambaran, Hasnul akan tenang dan menganggap ia hanya sekadar gangguan 'acting'.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2022 8:00PM

Hasnul mengakui ‘tenang’ adalah kunci utama sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini ketika berada di set penggambaran. - Gambar ihsan Produksi Jerangkung Dalam Almari

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah melakonkan variasi naskhah sepanjang 30 tahun di dalam industri lakon layar negara, pelakon Hasnul Rahmat merasakan kenangan berdepan dengan gangguan mistik sepanjang penggambaran hanya sekadar pengalaman yang mewarnai kehidupannya.

Pelakon Lelaki Terbaik Filem Anugerah Skrin Ke-17 ini menyatakan ‘tenang’ adalah kunci utama sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini ketika berada di set penggambaran.

Hasnul Rahmat - Gambar ihsan Produksi Jerangkung Dalam Almari
Hasnul Rahmat - Gambar ihsan Produksi Jerangkung Dalam Almari

“Gangguan mistik ini, makhluk halus sebenarnya wujud di mana-mana. Disko pun ada. Tak semestinya rumah usang atau dalam hutan. 

“Sewaktu penggambaran, bagi mengelak hal yang tidak diingini berlaku, saya selalu ingatkan diri untuk kenal apa itu gangguan dalam lakonan.

“Kadang pengarah, jurusolek, penata gaya, termasuk makhluk halus boleh mengganggu kita. Jadi, walau ia benda mistik sekalipun, kita kena selalu tenang dan anggap sahaja seperti tiada apa-apa berlaku,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis sidang media filem Jerangkung Dalam Almari. 

Tampil dengan naskah terbaharu Jerangkung Dalam Almari yang mengetengahkan elemen sihir. Hasnul bersyukur kerana tidak pernah berdepan dengan ujian sihir sepanjang bergelar anak seni.

“Saya hanya buat kerja saya. Ketika bekerja, saya tak tahu apa yang saya buat. Tapi saya tahu apa yang saya tak perlu buat. Itu adalah prinsip yang saya pegang. Saya hanya buat kerja saya dan saya tak pernah kacau orang.

“Saya cuma harap orang akan mengingati saya melalui karya-karya ini sampai bila-bila walaupun jika saya sudah tiada lagi,” tambahnya. 

Jerangkung Dalam Almari mengisahkan tentang Fikri dan isterinya yang sering diganggu makhluk halus.

Bagi menyelesaikan kemelut ini, Fikri akhirnya pulang ke rumah keluarga mereka untuk mencari apakah punca yang menyebabkan keluarganya diganggu makhluk yang tidak diingini ini. 

Bakal menemui penonton di pawagam bermula 4 Ogos ini, Jerangkung Dalam Almari turut dijayakan dengan barisan pelakon handalan seperti Datuk Adi Putra, Zaidi Omar, Amerul Affendi dan Sophia Albarakbah. - Getaran, 3 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Filem Zim Zim Ala Kazim - Mawi Terkejut Ustaz Kazim Elias Boleh Berlakon Dengan Baik  

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Niat Anne Abdullah Untuk Sambut Hari Jadi Yang Ke-50 Di Mekah Atau Madinah Tertunai 

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Bajet Pemasaran Kurang, Raja Azmi Terkilan Tak Dapat Promosikan Watak Jerangkung Lakonan Manusia Tertinggi Di Malaysia

4

Podio 3 tahun yang lalu

PenganTARA Episod 10: Kenapa Raja Azmi Macam Tidak Percaya 'Jerangkung Dalam Almari' Capai Kutipan RM1 Juta?

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 8 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN