Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pengunduran Dari Suria FM Beri Rezeki Buat Ajak, Ini Kenyataan Balas Ajak Buat Shahrol

Ajak terus tampil bersuara untuk mendedahkan keadaan sebenar serta meluahkan apa yang terbuku di hatinya terhadap sikap rakan pelawaknya, Shahrol.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2022 8:00PM

Kata-kata Ajak yang memuat naik komen tersebut di posting Shahrol telah dipersetujui ramai. - Gambar dari Instagram Ajak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas membuat kritikan secara terbuka kepada stesen radio Suria FM berikutan isu pengunduran Fizi Ali ke Hot FM, Shahrol Shiro turut membuat kenyataan bahawa pengundurannya daripada Suria FM itu ada hikmahnya kerana ia telah memberikan rezeki buat Ajak sekeluarga.

Shahrol beranggapan bahawa Ajak telah menggantikan tempatnya di stesen radio tersebut sejurus selepas tercetusnya masalah dalaman di antara dia dengan pihak pengurusan Suria FM, tapi nampaknya kenyataan itu tidak benar.

Sehingga ia membuatkan Ajak terus tampil bersuara untuk mendedahkan keadaan sebenar serta meluahkan apa yang terbuku di hatinya terhadap sikap rakan pelawaknya, Shahrol yang juga bekas ahli kumpulannya itu.

Semua ini berlaku di dalam posting yang sama yang dimuat naik Shahrol terhadap Suria FM dan Fizi Ali.

“Menggantikan kamu dan beri rezeki pada saya sekeluarga?,” soal Ajak.

Sambung Ajak lagi, sifat orang sombong bila merasakan dirinya terlalu berguna dan dia turut menceritakan keadaan sebenar tentang apa yang berlaku di sebalik pengunduran Shahrol daripada Suria FM.

“Hari pertama saya umum keluar dari Hot FM, saya dipelawa untuk menyertai Suria. Dalam perbincangan untuk tukar gambar awak kepada saya.

“Atas dasar sahabat, saya pilih menganggur daripada mengambil tempat awak. Saya juga merayu pihak Suria untuk tidak terus saman awak atas masalah lama. Awak tak tahukan sahabat?

“Hakikatnya lepas setahun awak tinggalkan, dah bertukar-tukar penyampai radio, barulah saya menyertai Suria,” katanya.

Jelas Ajak lagi, hal itu berbeza dengan apa yang pernah Shahrol lakukan terhadapnya sewaktu mendapat tawaran untuk berkhidmat dengan Era di awal kerjaya dahulu.

“Awak kata kita jangan terima. Saya percaya cakap awak dan saya tolak pelawaan radio NO 1 sebab awak sahabat.

“Rupanya awak terima pelawaan tu dengan orang lain. Saya dapat panggilan dan orang (pihak pengurusan Era) tu kata saya ni poyo sebab tak mahu terima, sedangkan Shahrol terima.

“Individu itu pun sudah jadi bos di Hot FM. Bezakan makna sahabat saya dengan awak Tuan? Apapun Shahrol, kenangan tak boleh lupa. Susah senang kita dulu hanya awak dengan saya yang tau diarinya.

“Biar kekal dalam diri kita. Seperti mana awak mendoakan saya, begitulah saya juga mendoakan semoga berjaya dengan Ngepot Kabin awak tu Tuan.

“Idea yang baik. Idea siapa itu sahabat? Sahabat bukan pada kata-kata saja. Tunjukkanlah pada tindakannya,” kata Ajak dengan sinis.

Terdahulu, Ajak telah mengeluarkan komen meminta supaya Shahrol tidak melaga-lagakan mana pihak berhubung postingnya tentang Suria FM dan Fizi Ali.

“Awak ni bercakap dari sebelah pihak ke Tuan? Hakikatnya, tak bergaduh pun? Perlu ke nak ‘up’ isu ni? Perlukan ‘spotlight’ ke?

“Buat benda yang lebih berkualiti yang lebih menyatupadukan. Bukan melaga-lagakan. Hakikatnya semua kawan. Kalau awak ada anggap musuh, biar seorang-seorang, tak perlu ajak kawan,” katanya.

Kata-kata Ajak yang memuat naik komen tersebut di posting Shahrol telah dipersetujui ramai.

Komen Ajak itu telah dibalas Shahrol yang memberitahu bahawa dia akan bersuara andai melihat sahabat-sahabatnya ditindas.

Bahkan dia juga pernah bersuara untuk Ajak apabila kumpulan lawak, Rare yang disertainya terpaksa membuat permohonan maaf secara terbuka kerana suatu insiden.

Menerusi komen tersebut, dia turut memberitahu bahawa pengundurannya dari Suria FM telah memberikan rezeki buat Ajak sekeluarga. - Getaran, 2 Ogos 2022.

Ajak Shiro (@ajakshiro) • Instagram photos and videos

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Muzik 19 jam yang lalu

Tiket Konsert ‘Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia’ Habis Terjual

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Daiyan Trisha Batalkan Kontrak Dengan Jenama Pro Israel

Selepas dikecam hebat dan namanya termasuk dalam senarai Blackout2024, Daiyan pilih batalkan kontrak dengan beberapa jenama antarabangsa pro Israel.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 3 jam yang lalu

Ning Baizura Tampil Beri Penjelasan, Nafi Tidak Tahu Tentang Rafah

Apa yang diucapkan oleh Ning adalah respon kepada peminat ketika dia sedang bercakap tentang nama 

oleh Rahayu MN