web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mata Ben Amir Hampir Buta, Ubah Pandangannya Terhadap Kehidupan! 

Pelakon utama filem Rebel arahan Datuk Awie ini akui bahawa proses pemulihan agar sukar dari sudut fizikal dan mental. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2022 1:02PM

Ben Amir kini semakin pulih. - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tiada siapa yang dapat menentukan takdir perjalanan hidup kita di dunia ini. Begitu jugalah yang dialami Ben Amir 

Tanpa sebarang amaran, matanya hampir buta dan andaikata ia  tidak dirawat dia kemungkinan akan kehilangan deria penglihatan di sebelah matanya matanya. 

Tanpa menjelaskan sebarang punca yang menyebabkan matanya hampir buta, Ben mengakui apa yang berlaku itu telah mengubah pandangannya terhadap kehidupan. 

Ben Amir - Gambar Fail
Ben Amir - Gambar Fail

“Tanpa sebarang amaran, saya hampir buta,” katanya. 

Walaupun telah menjalani rawatan, namun aktor yang baru sahaja selesai membintangi filem Rebel arahan Datuk Awie itu mengakui bahawa proses pemulihan agar sukar dari sudut fizikal dan mental. 

“Saya sangat lemah dan murung,” katanya. 

Bagaimanapun, menerusi posting IG yang dimuat naik semalam, Ben memberitahu bahawa dia kini semakin pulih dan kuat. 

“Hari ini saya semakin pulih dan kuat. Terima kasih Tuhan kerana membantu dan terima kasih kepada semua kerana berada di sisi saya pada saat saya berada di tahap paling rendah. 

“Kini masanya untuk saya mara ke hadapan dan berkembang,” katanyanya. 

Dalam posting itu juga, Ben turut menyelitkan gambar-gambar sewaktu dia sedang menerima rawatan di sebelah matanya yang nampak merah dan berdarah. 

Postingnya itu telah menarik perhatian ramai peminat serta rakan-rakan selebriti. Bahkan, banyak kata-kata semangat dan sokongan yang diterima Ben berhubung keadaan kesihatannya itu. 

Daripada Datin Seri Tiara Jacquelina, Remy Ishak, Rashidi Ishak, Anne Abdullah, Nazim Othman, Daiyan Trisha, Kaka Azraff, Ramona Zamzam, Puteri Aishah dan Adeline Tsen, masing-masing mendoakan agar aktor kacak itu kembali pulih. 

Pasukan Getaran berharap Ben terus bersemangat dan pulih seperti sediakala. – Getaran, 2 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

4

TARA 2 tahun yang lalu

Wanita, Buatlah Ujian Saringan Kesihatan, Jangan Takut

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 9 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...