Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


7 Perkara Yang Jabatan Netizen Ingin Tahu Tentang Misteri Kehilangan Zalina Azman 

Spekulasi mengenai misteri kehilangan Zalina Azman masih lagi rancak diperkatakan Jabatan Netizen, namun apakah 7 perkara telah mencetuskan rasa ingin tahu mereka? 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2022 9:13PM

Kehilangan Zalina Azman terus menjadi misteri sehingga sekarang, tiada siapa yang tahu ke mana beliau berada. - Gambar fail

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berita kehilangan personaliti TV dan bekas penyampai berita TV3, Zalina Shaharah Azman, 58, yang masih belum ditemui sehingga saat ini bukan sahaja telah mencetuskan misteri tetapi juga menimbulkan pelbagai spekulasi. 

Sebaik sahaja munculnya berita tersebut, Jabatan Netizen Malaysia cukup riuh memperkatakan, membahaskannya serta membuat analisis peribadi sendiri terhadap personaliti TV yang lebih dikenali sebagai Zalina Azman ini. 

Ada yang cuba mengaitkan kehilangannya itu dengan masalah kesihatan mental, penculikan yang bermotifkan sesuatu, pembunuhan yang mempunyai persamaan dengan kes berprofil tinggi sebelum ini serta hal-hal yang berkaitan dengan alam mistik. 

Zalina yang pernah mengendalikan program Money Matters dan Agenda serta menjadi penyampai berita Nightline sekitar tahun 1990-an dilaporkan hilang pada 29 November setelah gagal dihubungi anaknya. 

Apa yang mencetuskan misteri adalah dia menghilang tanpa membawa dompet yang berisi kad pengenalan diri, lesen memandu, kad bank, kad kredit, wang tunai serta keretanya. 

Ke mana menghilangnya Zalina Azman? Apa sebenarnya yang terjadi kepada dirinya? Segala persoalan ini masih lagu belum terjawab. 

Dalam pada itu, ada tujuh perkara mengenai kehilangan Zalina yang telah mencetuskan rasa ingin tahu di kalangan netizen. 

Zalina Azman dikenali sebagai seorang yang perahsia dan tidak banyak kisah keluarganya didedahkan sebelum ini. - Gambar dari media sosial
Zalina Azman dikenali sebagai seorang yang perahsia dan tidak banyak kisah keluarganya didedahkan sebelum ini. - Gambar dari media sosial

Apakah Status Peribadi Zalina Azman? 

Tidak ramai yang mengetahui status Zalina mahupun kisah-kisah peribadi yang berkaitan dengan dirinya kerana sifatnya yang cukup perahsia. 

Menurut sumber kepada Getaran, Zalina berstatus ibu tunggal yang memiliki dua anak dan pernah beberapa kali mendirikan rumahtangga. 

Tidak banyak yang diketahui mengenai bekas-bekas suaminya kerana Zalina tidak begitu gemar mendedahkan perkara itu kepada orang-orang yang rapat dengannya termasuk bekas rakan-rakan sekerjanya sewaktu beliau masih bertugas sebagai personaliti dan bekas pembaca berita TV3 ini.


Ras Adiba memaklumkan bahawa anak-anak dan keluarga Zalina menyatakan rasa resah mereka apabila sehingga saat ini Zalina masih gagal ditemui. - Gambar fail
Ras Adiba memaklumkan bahawa anak-anak dan keluarga Zalina menyatakan rasa resah mereka apabila sehingga saat ini Zalina masih gagal ditemui. - Gambar fail

Hubungan Zalina Bersama Keluarganya?  

Sejak berita kehilangannya dilaporkan pada November tahun lalu dan sehinggalah ke saat ini, tidak ada satu pun ahli keluarga terdekat yang dilihat tampil ke hadapan untuk menyuarakan resah perasaan mereka terhadap kehilangan Zalina. 

Hal ini telah menimbulkan tanda-tanya. Apakah yang berlaku di antara Zalina dengan keluarganya. Adakah hubungan mereka sebelum ini memang tidak pernah rapat atau dingin? Jika ya, mengapa keadaan itu berlaku? 

Apa yang diketahui setakat ini, dua orang anak Zalina termasuk Mikhael Norman, 33, yang telah membuat laporan polis berhubung kehilangannya pada 29 November setelah gagal menghubungi Zalina sejak 24 November juga, dilaporkan tidak pernah tinggal bersamanya. 

Mikhael Norman cuba menghubungi Zalina ketika itu bagi memaklumkan tentang situasi datuknya (bapa Zalina) yang telah dimasukkan ke hospital. 

Namun baru-baru ini, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) iaitu Senator Datuk Ras Adiba Radzi telah memaklumkan bahawa anak-anak dan keluarga Zalina menyatakan rasa resah mereka apabila sehingga saat ini Zalina masih gagal ditemui. 

Rumah Banglo Zalina Azman di Shah Alam sudah dua kali digeledah oleh polis bagi mencari petunjuk kehilangan. - Gambar dari Suara Merdeka
Rumah Banglo Zalina Azman di Shah Alam sudah dua kali digeledah oleh polis bagi mencari petunjuk kehilangan. - Gambar dari Suara Merdeka

Siapakah Orang Terakhir Yang Menghubungi Atau Yang Dihubungi Zalina? 

Ramai yang ingin tahu siapakah individu terakhir yang pernah menghubungi Zalina dan apakah butir perbualan tersebut? 

Mengikut laporan polis, sejak Julai 2021, telefon bimbit Zalina sudah pun tidak aktif. Namun, pasti ada cara tertentu yang boleh digunakan untuk mengesan segala perbualan tersebut. 

Status Kewangannya?

Bagaimana dengan kedudukan kewangan Zalina? Adakah kedudukan kewangannya berada dalam keadaan stabil atau sebaliknya? 

Jika stabil, adakah berlaku transaksi-transaksi kewangan yang mencurigakan daripada akaun banknya yang dilakukan menerusi kad debit atau kad kredit sepanjang kehilangannya itu? 

Atau pernahkah Zalina mengeluarkan sejumlah wang yang banyak sebelum beliau dilaporkan hilang oleh anaknya? Inilah antara perkara yang ingin diketahui netizen. 

Jabatan Imigresen memaklumkan tiada rekod keluar masuk melibatkan Zalina Azman. - Gambar fail
Jabatan Imigresen memaklumkan tiada rekod keluar masuk melibatkan Zalina Azman. - Gambar fail

Pasport Miliknya? 

Turut menjadi tanda tanya adalah pasport miliknya. Di manakah pasport Zalina? Adakah ia juga ditemui di rumahnya kerana tanpa kad pengenalan diri, seseorang warganegara Malaysia mampu terbang ke luar negara dengan hanya menggunakan passport. 

Namun, laporan daripada Jabatan Imigresen menunjukkan tiada rekod keluar masuk negara yang melibatkan Zalina. 

Kondisi Kesihatannya? 

Bagaimana pula dengan kondisi kesihatannya? Adakah dia pernah memiliki sebarang rekod kesihatan daripada mana-mana klinik atau hospital sebelum kehilangannya?

Jika ya, apakah bentuk laporan rekod kesihatan dirinya itu? Adakah dia menghidap  sebarang penyakit atau kondisi kesihatan dirinya berada di dalam keadaan baik? 

Ramai yang tertanya-tanya siapakah kontraktor yang terlibat dalam mengubahsuai rumah Zalina.
Ramai yang tertanya-tanya siapakah kontraktor yang terlibat dalam mengubahsuai rumah Zalina.

Siapa Kontraktor Rumahnya? 

Persoalan ini juga turut dibangkitkan netizen. Siapakah kontraktor yang bertanggung jawab yang dipilih Zarina untuk membuat kerja-kerja renovasi atau pengubahsuaian di rumahnya. 

Adakah mereka memiliki apa-apa maklumat berkaitan kehilangan Zalina? Atau mereka juga sebenarnya mempunyai kaitan dengan kehilangan personaliti TV tersebut. Bahkan, mengapakah sehingga saat ini kontraktor rumah Zalina ini  masih lagi sukar dikesan? 

Apapun, Getaran berharap isu mengenai kehilangan Zalina Azman ini akan berakhir  dengan segera dan diharapkan Zalina akan dapat kembali semula ke pangkuan keluarganya semula – Getaran, 27 Julai 2022. 

Sorotan

1

Tuan Rumah China Bertemu Indonesia Pada Final Piala Uber

2

Agong Berkenan Hadir Rumah Terbuka KM Melaka

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Selebriti 17 jam yang lalu

"Awak Ada Nombor Saya": Muaz Minta Aliff Untuk Jadi 'Gentleman'

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 jam yang lalu

Ernie Zakri Tak Sangka Lagu 'Masing Masing' Kembali Meledak Selepas Dinyanyikan Bella, Adira

Lagu Masing Masing nyanyian asal Ernie Zakri kembali menjadi perhatian ramai selepas dinyanyikan semula oleh Bella Astillah dan Adira Suhaimi 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Faham Kenapa Marissa Seorang Yang Disalahkan, Dulu Saya Tak Pernah Salahkan Memey’ - Abby Abadi

Menurut Abby, anaknya Marissa Dania dihentam netizen bagaikan tiada hari esok, sedangkan pihak lelaki juga turut bersalah dalam kontroversi yang melanda keluarg...

oleh Helmi Anuar

Muzik 21 jam yang lalu

Festival Muzik Banyak Bagus 2024 Gabungkan Barisan Artis Popular 4 Negara

oleh Helmi Anuar