web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Afdlin Shauki Bercerai Sejak April

Kongsi Maria di akaun Instagram, mereka telah bercerai sejak April lalu selepas 25 tahun hidup bersama, namun baru kini didedahkan kerana menunggu tempoh tamat edah.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2022 11:42AM

Afdlin Shauki Aksan dan Maria Christina Orow Abdullah - Gambar dari Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selebriti serba boleh, Datuk Afdlin Shauki Aksan telah bercerai dengan Maria Christina Orow Abdullah selepas 25 tahun hidup sebagai pasangan suami isteri.

Berita mengenai penceraian mereka telah didedahkan Maria menerusi satu kenyataan yang dimuatnaik di akaun Instagramnya. 

Tulisnya dalam kenyataan itu, dia dan Afdlin sepakat untuk bercerai pada April lalu sewaktu bulan Ramadan, iaitu beberapa bulan sebelum mereka menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-25.

“Keputusan ini dibuat agak pantas mungkin kerana ia tidak dapat dielakkan dan kami juga tidak melihat penceraian ini sebagai sesuatu yang akan merosakkan atau memuktamadkan hubungan kami,” tulisnya.

Katanya lagi, sebab baru sekarang dia mendedahkan berita mengenai perceraian mereka itu kerana menunggu waktu edah tamat.

Dedahnya lagi, perpisahan ini mula terjadi secara berperingkat apabila masing-masing cuba membuat keputusan untuk diri sendiri. 

Pandemik yang melanda juga telah merubah kedua-duanya dan apabila keadaan kembali normal tahun ini, mereka merasakan ada beberapa perkara yang mereka tidak lagi mampu untuk berkompromi bersama. 

“Kami berdua bersetuju bahawa penceraian ini tidak seharusnya menjadi kekecewaan atau pengakhiran tetapi menjadi sesuatu yang akan membuatkan masing-masing terus berkembang ke hadapan biar pun tidak lagi bersama. 

Apa yang saya tahu, Afdlin akan terus menyokong saya sebagai sahabatnya dan teman sejiwa, jadi saya juga akan terus menyokong dia kerana dia adalah seorang yang memberi pengaruh besar dan bermakna dalam hidup saya,” tulisnya. 

Maria juga berharap rakan-rakan mereka serta keluarga yang baharu mengetahui mengenai perceraian ini supaya tidak berasa sedih dan berharap supaya orang awam menerima ketentuan takdir ini sebagai sesuatu yang normal yang biasa ditempuh setiap manusia. 

“Permintaan saya cuma satu iaitu beri ruang privasi untuk saya dan anak-anak dan hormati situasi kami. Terima kasih semuanya”. 

Afdlin dan Maria telah berkahwin sejak tahun 1997. Sepanjang 25 tahun hidup bersama, mereka telah dikurniakan tiga cahaya mata perempuan. 

Semoga kedua-dua mereka sentiasa dalam keadaan sejahtera dan gembira menjalani kehidupan yang mendatang. – Getaran, 23 Julai 2022.


 


 

Isu Pada

Awie - Kemudi Empayar Wings

23 Jul 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 9 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...