Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Siti Bina Sekolah Di Gaza, Bakal Adakan Konsert Kumpul Dana

Sekolah yang diberi nama Afwa & Afiyah itu memfokuskan kepada pendidikan peringkat awal dalam bidang Al-Quran dan akademik termasuk mengenai akhlak dan adab. 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2022 12:02PM

Siti Nurhaliza menerusi Yayasan Jiwa telah membina sebuah sekolah di Gaza. - Gambar ihsan Siti Nurhaliza Production

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal mengadakan persembahan amal khas yang dibawakan Yayasan Nurjiwa pada 5 dan 6 November 2022 di Dewan Plenary, KLCC, bermula pukul 8.45 malam.

Persembahan dua malam ini bertujuan mengisi dana Yayasan Nurjiwa bagi meneruskan misi bantuan serta mengubat rindu para peminat Siti Nurhaliza untuk menonton aksi penyanyi kesayangan mereka.

Sebagai penerbit, Yayasan Nurjiwa berharap persembahan ini akan mencapai sasaran supaya lebih banyak misi bantuan dapat dilaksanakan terutama pada musim banjir, bantuan berterusan ke Palestin serta bencana alam lain.

Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza

Artis jemputan bagi persembahan ini merupakan seorang legenda rock tanahair iaitu Datuk Awie. Gandingan kedua-dua artis ini juga merupakan elemen istimewa yang akan dipersembahkan di Dewan Plenary, KLCC.

Sebagai usaha menambah dana bagi meneruskan usaha kebajikan, Yayasan Nurjiwa akan mengadakan persembahan khas Music Of The Soul: An Evening With Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Ini merupakan kali ke-3 yayasan dengan kerjasama penganjur acara, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. menjayakan persembahan amal selepas Konsert Satu Dato’ Siti Nurhaliza (2009), Dato’ Siti Nurhaliza Live In KLCC: Where The Heart Is (2014) dan terkini, Music Of The Soul: An Evening With Dato’ Sri Siti Nurhaliza (2022).

Persembahan selama dua jam ini dijangka dapat mengubat rindu peminat Siti setelah beberapa tahun tidak muncul dalam konsert berskala besar.

Beliau juga memilih Awie sebagai artis undangan dan yakin dengan aura yang dimiliki penyanyi kumpulan Wings tersebut.

Yayasan Nurjiwa turut memberikan bantuan kepada penduduk Palestin.
Yayasan Nurjiwa turut memberikan bantuan kepada penduduk Palestin.

Menurut Siti, persembahan kali ini bukan sahaja bertujuan untuk berhibur tetapi ada matlamat yang lebih diutamakan iaitu mengajak peminat bersama-sama berbuat kebaikan. 

Pengalaman beliau sewaktu turun padang menyampaikan misi bantuan menimbulkan kesedaran bahawa NGO dan masyarakat boleh digembleng untuk sebarang usaha murni. 

“Saya yakin, apabila lebih banyak tangan yang membantu, apa yang kita usahakan akan dapat diperluaskan lagi. 

“Saya bersyukur kerana sepanjang misi bantuan banjir, Palestin dan COVID-19, banyak syarikat dan individu yang telah bersama-sama membantu dan menyokong Yayasan Nurjiwa,’’ katanya.

Tambah Siti, beliau sangat teruja untuk bertemu peminat dan berusaha untuk menampilkan persembahan yang akan diingati. 

Setiap kali dengan persembahan terbaharu, beliau akan berusaha menampilkan konsep persembahan berbeza bagi memuaskan hati penonton.

“Menyanyi adalah kerja saya, menghiburkan pula adalah satu amanah dan tanggungjawab. Memasuki usia 27 tahun di dalam industri, saya percaya bahawa persembahan saya juga semakin matang mengikut arus waktu. Sesuai usia saya 43 tahun, saya akan memberikan keutamaan kepada konsep persembahan yang bersesuaian.

“Saya juga teruja untuk membuat persembahan dengan Datuk Awie dan sudah pun memikirkan konsep yang sesuai buat kami. Apa yang saya utamakan adalah kepuasan para penonton seusai persembahan kami nanti,’’ ujar Siti.

Yayasan Nurjiwa ditubuhkan pada 21 Ogos 2006 dan merupakan sebuah pertubuhan kebajikan yang menjalankan kerja-kerja amal.

Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan Siti Nurhaliza merupakan penaung dan pengerusi yayasan ini.

Yayasan Nurjiwa telah membina sebuah sekolah untuk kanak-kanak di Gaza, Palestin, dikenali sebagai Afwa & Afiyah
Yayasan Nurjiwa telah membina sebuah sekolah untuk kanak-kanak di Gaza, Palestin, dikenali sebagai Afwa & Afiyah

Objektif penubuhan yayasan ini merangkumi beberapa aspek iaitu bantuan kemanusiaan, kemasyarakatan dan bencana alam, pembangunan modal insan, pembangunan agama serta pendidikan.

Pihak yayasan telah melaksanakan pelbagai program sejak penubuhannya serta mewujudkan Tabung Bantuan Khas Bencana Alam, Palestin dan COVID-19  dengan kerjasama Kita Fund.

Tabung ini telah ditubuhkan sejak tahun 2020 sehingga sekarang dan memberi peluang kepada orang ramai menyalurkan sumbangan untuk terlibat sama dalam usaha amal pihak yayasan. Sumbangan boleh dibuat dengan melayari kita.fund/tabungbantuanYNJCTDK.

Selain mengadakan pelbagai misi bantuan kepada masyarakat, bencana alam, pembangunan surau dan masjid, Yayasan Nurjiwa juga menyediakan sebuah sekolah untuk kanak-kanak di Gaza, Palestin. 

Sekolah yang ditubuhkan pada 5 Oktober 2021 ini memberi peluang kepada anak-anak Palestin mendapat pendidikan awal serta bersekolah di bangunan yang lebih selesa.
Sekolah yang ditubuhkan pada 5 Oktober 2021 ini memberi peluang kepada anak-anak Palestin mendapat pendidikan awal serta bersekolah di bangunan yang lebih selesa.

Sekolah yang diberi nama Afwa & Afiyah ini memfokuskan kepada pendidikan peringkat awal dalam bidang Al-Quran dan akademik termasuk mengenai akhlak, adab dan sebagainya. 

Pihak yayasan mempunyai wakil khas di Gaza yang diberi kepercayaan untuk menguruskan sekolah, tenaga pengajar, pelajar termasuk kemudahan makanan disediakan pada waktu persekolahan. 

Sekolah yang ditubuhkan pada 5 Oktober 2021 ini memberi peluang kepada anak-anak Palestin mendapat pendidikan awal serta disediakan bangunan sekolah yang lebih selesa. - Getaran, 22 Julai 2022. 

Sorotan

1

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

2

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

3

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

4

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

5

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

6

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Ernie Zakri Tak Sangka Lagu 'Masing Masing' Kembali Meledak Selepas Dinyanyikan Bella, Adira

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

"Awak Ada Nombor Saya": Muaz Minta Aliff Untuk Jadi 'Gentleman'

Menurut Muaz, beliau dan Aliff sudah ada perjanjian untuk tidak bercerita tentang isu curang ini kepada umum.

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Puteri Sarah Tunai Umrah Lagi, Kali Ini Bersama Ibu Bapa 

Puteri Sarah bersyukur akhirnya impian untuk membawa ibu dan bapanya menunaikan ibadah umrah tercapai

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 8 jam yang lalu

'Sajian’ Terbaharu Daripada Netflix Mei Ini

oleh Rahayu MN