web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Awie Nasihat 'Scammer' Cari Kerja Lain, Henti Tipu Orang Ramai

Awie berkata daripada maklumat polis kebanyakan scammer terdiri daripada belia dan telah dilatih oleh sindiket untuk menipu mangsa menerusi panggilan telefon.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2022 6:34PM

Legenda rock negara Datuk Awie menasihati belia yang terlibat dengan sindiket penipuan atau scammer agar segera mencari pekerjaan lain yang menjamin masa depan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Legenda rock negara Datuk Awie menasihati belia yang terlibat dengan sindiket penipuan atau scammer agar segera mencari pekerjaan lain yang menjamin masa depan.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata daripada maklumat polis kebanyakan scammer terdiri daripada belia dan telah dilatih oleh sindiket untuk menipu mangsa menerusi panggilan telefon.

“Sebelum ini saya pernah beberapa kali cuba dihubungi mereka menerusi panggilan telefon yang terdiri daripada golongan belia dalam lingkungan umur 21 hingga 23 tahun.

“Apabila gagal mempengaruhi saya, mereka bergaduh dengan saya dan mengeluarkan kata-kata kesat,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Kempen Anti-Scam Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2022 Polis Kontinjen Perlis, di sini.

Awie berkata sebelum mengakhiri perbualan telefon beliau sempat menasihati mereka untuk berhenti melakukan kerja tersebut dan bayangkan sekiranya ahli keluarga terdekat sendiri mengalami kerugian puluhan ribuan ringgit akibat menjadi mangsa sindiket penipuan.

“Tidak puas hati dengan nasihat saya, mereka mengganggu saya 20 hingga 30 kali sehari namun saya tidak melayannya,” kata pelakon dan penyanyi itu yang dilantik sebagai duta anti-scam.

Beliau berkata tugas membanteras kegiatan jenayah penipuan tidak wajar hanya diletakkan pada bahu pihak polis sebaliknya ia adalah tanggungjawab semua rakyat Malaysia.

Awie bersama 35 penunggang motosikal berkuasa tinggi menyertai jelajah kempen kesedaran anti-scam ke seluruh Semenanjung - Gambar Fail Bernama
Awie bersama 35 penunggang motosikal berkuasa tinggi menyertai jelajah kempen kesedaran anti-scam ke seluruh Semenanjung - Gambar Fail Bernama

Awie bersama 35 penunggang motosikal berkuasa tinggi menyertai jelajah kempen kesedaran anti-scam ke seluruh Semenanjung yang berlangsung dalam tiga fasa dengan fasa pertama bermula semalam (19 Julai) sehingga 22 Julai meliputi empat negeri di utara semenanjung iaitu Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Perlis.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Perlis SAC Baderulhisham Baharudin dalam ucapan pada majlis itu berkata mengikut statistik yang direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil kontinjen Perlis, 998 kes jenayah komersial telah dicatatkan pada tahun 2020 hingga Jun 2022 dengan kerugian RM15.8 juta dan daripada jumlah tersebut 969 kes merupakan jenayah penipuan dalam talian.

Beliau berkata penggunaan teknologi dalam urusan seharian ini secara tidak langsung telah mengakibatkan wujudnya bentuk jenayah baharu yang lebih kompleks dan global serta memerlukan perhatian lebih serius daripada masyarakat.

“Kempen Anti-Scam Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2022 merupakan kesinambungan kepada program pencegahan jenayah penipuan yang dilaksanakan secara berterusan oleh pihak polis yang bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap ancaman scammer agar tidak menjadi mangsa atau terlibat dengan aktiviti sindiket berkenaan,” katanya.

Katanya kempen akan berlangsung sepanjang Julai 2022 dengan pengisian melalui pameran, ceramah, wawancara  serta memberikan tips cara terbaik mengelak daripada menjadi mangsa.

“Penglibatan langsung komuniti dalam kempen ini amat penting dalam meningkatkan lagi kefahaman mengenai pencegahan jenayah komersial khususnya jenayah penipuan dalam talian. Informasi dan nasihat pencegahan jenayah yang diberikan oleh pihak polis perlu dimanfaatkan sepenuhnya, supaya tidak mudah panik dan terpedaya dengan pelbagai helah serta taktik kreatif penipuan yang digunakan oleh sindiket,” katanya.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Operasi Darat, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti SAC Jamel Salleh dan Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Kewangan/Koperasi/Insurans/Perbankan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman ACP Mazelan Paijan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menteri Tak Pernah Promosi Kumpulan Di Media Sosial, Awas ‘Scammer’! - JPM

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Zahid AF Kongsi Kisah Duit Dalam Akaun Isteri Lesap

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

 Filem 'Oppa' Bantu PDRM Banteras Jenayah Scam

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 5 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN