web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Sepatutnya Aku Yang Hentam Dan Ganyang Dia, Ini Terbalik” – Puteri Sarah

Menerusi sesi ‘live’ di Instagram bersama Nad Zainal, Puteri Sarah turut mendedahkan Ira Kazar pernah mengganggu ibu mertuanya serta adik-beradik Syamsul yang lain.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2022 2:26PM

Gambar Instagram @puterisarahliyana

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sekarang ini satu Malaysia tengah hangat bercerita tentang isu masalah rumah tangga pengarah terkenal Syamsul Yusof bersama isterinya iaitu Puteri Sarah yang sedang diuji gara-gara orang ketiga.

Puteri Sarah telah pun membuat tuntutan saman terhadap Ira Kazar yang didakwa menjadi orang ketiga yang mengganggu kebahagiaan rumah tangganya.

Menerusi sesi bual bicara secara langsung di Instagram bersama pelakon Nad Zainal, Puteri Sarah mendedahkan bahawa dia telah pun membuat laporan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

“Aku buat dua tuntutan. Satu adalah kerana mengganggu ketenteraman aku. Itu kes sivil. Sekarang yang aku buat laporan di JAWI dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) adalah kes mengganggu rumah tangga. Yang itu boleh jadi kes jenayah.

“Aku mengharapkan semua orang di dalam ni mendoakan supaya perkara ini jatuh kepada kes jenayah,” kongsinya kepada Nad. 

Katanya lagi pada awalnya ketika rumah tangganya diganggu, dia pernah terfikir untuk mengambil bermacam tindakan, tetapi ia tidak diteruskan kerana dia masih mahu menjaga aib suami dan keluarga.

“Sebab itulah aku bertahan selama empat tahun. Aku fikir selagi aku boleh bertahan, aku akan bertahan. Tetapi lama-lama bila aku asyik kena kacau dari segi mental, aku rasa dah tak boleh tahan. Cukup-cukuplah, aku dah penat,” luahnya. 

Tambahnya, sebagai seorang isteri yang sah, dia yang sepatutnya menghentam orang ketiga bukan sebaliknya.

“Sepatutnya aku yang pergi hentam dan ganyang dia sebab dia ambil suami aku. Tapi aku diam. Engkau yang hentam aku macam aku ambil suami kau. Aku macam, eh ini dah terbalik ni,” katanya.

Ujar Sarah lagi, dia sendiri mempunyai rakan yang bergelar isteri kedua. Tetapi rakannya itu tahu batas-batas sebagai isteri kedua. 

“Aku tengok kawan aku tu, dia hormat bini pertama, dia tak kacau malah dia pernah kena ganyang dengan bini pertama. Dia duduk diam sahaja. Bini pertama pernah santau dia.

“Itu yang sepatutnya berlaku, ini aku pula yang kena sedangkan aku isteri yang halal,” cerita Sarah merujuk situasi yang sedang berlaku pada dirinya ketika ini.

Kongsinya lagi, Ira pernah menyerang ibu mertuanya sehingga ibu mertuanya terpaksa menyekat Ira dari menghubunginya.

“Lepas mak mertua aku block dia, dia kacau pula adik-adik Syamsul. Apa benda?” dedahnya. 

Dalam sesi live itu juga, Sarah mendedahkan ramai yang mendakwa bahawa  dia cuba menghalang poligami sedangkan poligami dibenarkan dalam Islam.

“Kena faham satu benda ya, Rasulullah SAW berkahwin lain selepas Saidatina Khadijah wafat bukan ketika masih hidup. 

“Para lelaki dalam ni tolong dengar baik-baik. Rasulullah sendiri tidak suka anak baginda iaitu Fatimah dimadukan. Jadi tolonglah fahami agama Islam betul-betul. Jangan main cakap tentang lelaki boleh kahwin empat. 

“Lagi satu kalau lelaki nak berpoligami, carilah keturunan yang baik-baik. Carilah isteri yang baik-baik,” katanya. - Getaran, 6 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Laju Sangat...Kan Dah Kena Saman

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Saman Bapa Budak Lelaki 11 Tahun Pandu Kereta

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Barangan Mewah Lebih AS$346 Juta: 1MDB, 10 Syarikat Saman Rosmah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 23 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN