web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


“Inilah Pengorbanan Yang Saya Lakukan” - Tya Arifin  Bakal Pulang Ke Indonesia

Selebriti dan ahli perniagaan terkenal yang juga merupakan menantu tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Tya Arifin bakal pulang ke tanah kelahirannya demi…

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2022 7:45PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selebriti dan ahli perniagaan terkenal, Tya Arifin bakal pulang ke negara kelahirannya, Indonesia bagi mengembangkan lagi perniagaan yang diusahakan di sana.

Menantu tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza ini berkata, dia perlu berkorban untuk ulang alik dari Malaysia ke Indonesia demi mencapai matlamat untuk menjadi usahawan wanita berjaya. 

"Jika mahu berjaya dalam apa juga bidang termasuk perniagaan, kadang ada perkara kita perlu berkorban. Doakan semoga perancangan saya melalui perniagaan jamu Mutyara di Indonesia berjalan lancar,” katanya.

Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari, 28, berkata, keputusan dibuat bukan saja untuk masa depan perniagaan tapi juga mahu membantu membina kehidupan masyarakat di sana.

"Insya-Allah, perancangan ini kita akan mulakan awal tahun depan. Memandangkan saya pun ada keluarga di sini, jadi buat sementara waktu akan ulang alik dahulu. Inilah pengorbanan yang perlu saya dan suami lakukan.

“Alhamdulillah, sepanjang perniagaan ini diusahakan kami berjaya membantu 40,000 wanita untuk mendapat peluang berniaga bersama saya. 

“Malah, ada yang memperolehi sasaran lebih dari RM1 juta dan selebihnya pula sudah berjaya mencapai impian mereka.

“Jadi, saya mahu membawa aura dan semangat sama ke Indonesia. Sudah tentu saya juga ingin lihat wanita di sana berjaya menggapai impian mereka. 

“Diharap, dengan adanya peluang yang bakal dibawa Mutyara nanti, ia akan memberikan sesuatu yang bermanfaat untuk semua pihak," katanya.

Menurut isteri kepada Asyraf Khalid ini, perjalanannya sebagai usahawan dengan perniagaan yang dibina sejak 2018 itu turut berdepan dengan cabaran tersendiri.

"Sepanjang empat tahun membina perniagaan jamu Mutyara ini di sini, proses dan laluannya tidak mudah. 

“Pelbagai cabaran dan dugaan ditempuh. Mana ada orang terus berjaya. Cuma, kita kena sentiasa berusaha dan yakin akan rezeki Allah SWT.

“Alhamdulillah, berkat sokongan suami, keluarga dan keluarga mentua jenama yang dibina ini, kian dikenali dan semoga ia akan terus kukuh.

“Sudah semestinya saya berharap perkara sama apabila Mutyara menjengah pasaran Indonesia nanti," katanya.

Semoga perniagaan Tya terus maju dan dapat membantu lebih ramai wanita menjana pendapatan dan meningkatkan taraf hidup. - Getaran, 1 Julai 2022

Gambar: Instagram 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Usahawan 2 bulan yang lalu

Capal Jago Kepala Batas: Warisan 6 Dekad Jadi Pilihan PM

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

4

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 12 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...