web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Berehatlah Mak … Ibu DJ Lin Meninggal Dunia

Bonda tercinta kepada penyampai radio terkenal, DJ Lin meninggal dunia akibat sakit buah pinggang.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2022 11:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ibu kepada penyampai radio popular, DJ Lin telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pagi Jumaat akibat sakit buah pinggang di usia 80 tahun.

Berita duka itu disampaikan oleh DJ Lin menerusi sebuah kenyataan yang dimuatnaik di akaun Instagram beliau.

“Salam Jumaat semua, dengan lafaz Bismillah, DJ Lin ingin memaklumkan bahawa Ibunda Lin yang tercinta, Puan Hajah Puteh Bt Jantan baru sahaja meninggal dunia jam 4.50 pagi ni (Jumaat, 24 Jun 2022) di rumah kami di Jalan Merpati, Larkin Jaya, Johor Bahru, Johor. 

"Jenazah akan dikebumikan sebelum waktu Solat Jumaat. Mohon semua sedekahkan Al Fatihah  buat Allahyarhamah moga rohnya tenang di alam sana dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman,” tulisnya.

DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abd Majid turut menitipkan kata-kata akhir buat arwah ibunya yang telah banyak berjasa membesarkannya bersama adik-beradik yang lain. 

“Terima kasih di atas segala kasih sayang, pengorbanan serta jasa yang mak taburkan buat orang (DJ Lin) dan semua anak-anak mak. Berehatlah mak. Puas mak menanggung kesakitan. Kami semua sudah berusaha yang terbaik untuk membantu menyembuhkan sakit mak namun Allah lebih menyayangimu. Mak akan sentiasa ada dihati kami dan kenangan kita bersama takkan pernah sekali pun orang lupakan,” tulisnya. 

Sebelum ini DJ Lin sering berkongsi tentang masalah kesihatan yang dialami oleh ibunya di media sosial. Minggu lalu ibunya telah dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail kerana tahap kesihatan yang kian terjejas. Sejak ibunya sakit, DJ Lin sering berulang alik dari Kuala Lumpur ke Johor Bharu biarpun sibuk dengan tugas sebagai penyampai radio serta pengurus stesen Suria FM. 

Kami di Getaran ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam takziah buat DJ Lin sekeluarga diatas kehilangan bonda tercinta. Semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al Fatihah. - Getaran, 24 Jun 2022

Gambar: Instagram

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN