web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelakon Watak Gay Harap Penonton Berfikiran Terbuka

Pelantun lagu 'Ku Impikan Bintang' itu juga bagaimanapun bersedia dengan reaksi yang bakal diberikan penonton selepas filem ini menemui penonton pada 2 Jun nanti.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2022 10:00AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi dan pelakon Sean Ghazi berharap lakonannya sebagai lelaki gay yang dibawakannya menerusi filem Spilt Gravy: Ke Mana Tumpahnya Kuah tidak akan mengundang spekulasi penonton. 

Sean berpendapat, setiap karakter yang diwujudkan di dalam skrip memiliki signifikan dan mesej yang tersembunyi untuk difahami.

Penonton diminta untuk tidak terburu-buru menghukum sesuatu watak tersebut sebaliknya menonton jalan cerita filem ini sehingga habis dengan fikiran yang terbuka.

“Sebagai pelakon, sudah menjadi tugas saya untuk menghormati sesuatu penulisan, skrip dan karakter yang saya bawakan.

“Filem ini menceritakan tentang keluarga dan juga negara Malaysia. Bagi saya, Malaysia adalah sebuah keluarga moden. Oleh itu, dalam sesebuah keluarga, tak semua orang akan memiliki pandangan dan kecenderungan yang sama. Saya harap, orang dapat menontonnya dengan minda yang terbuka,” katanya semasa ditemui Getaran di majlis sidang media Spilt Gravy: Ke Mana Tumpahnya Kuah

Pelantun lagu 'Ku Impikan Bintang' itu juga bagaimanapun bersedia dengan reaksi yang bakal diberikan penonton selepas filem ini menemui penonton pada 9 Jun nanti.

“Saya bersedia sekiranya ada komen yang kurang enak didengar. Cuma harapnya tidak adalah yang terlalu kejam,” katanya tersenyum. 

Filem Spilt Gravy: Ke Mana Tumpahnya Kuah atau 'Spilt Gravy' untuk judul bahasa Inggeris merupakan naskhah asal teater karangan Jit Murad yang pernah dipentaskan pada tahun 2002. 

Datuk Zahim Albakri kemudian mengadaptasi karya ini kepada sebuah filem namun harus menunggu selama beberapa tahun untuk mendapatkan kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem. Setelah lima kali suntingan dalam tempoh sedekad, filem ini akhirnya diberikan kelulusan tayangan dengan klasifikasi umur PG13. 

Namun begitu, Jit Murad tidak sempat menyaksikan hasil tulisannya kerana menghembuskan nafas yang terakhir pada Februari lalu. Mengenangkan peristiwa itu, Sean menyifatkan naskhah ini sebagai karya istimewa yang membawa perspektif segar Jit Murad dan masih signifikan walaupun selepas sepuluh tahun ia dihasilkan. 

“Menonton kembali cerita ini hari ini, ia memberikan saya sebuah perasaan bittersweet. Saya harap dia di sini. Sekiranya dia masih hidup, pasti dia akan bangga,” katanya lagi.

Spilt Gravy: Ke Mana Tumpahnya Kuah menceritakan tentang seorang bapa yang tidak mempunyai masa yang lama untuk hidup. Dia mengundang lima anaknya untuk makan malam terakhir bersama bagi berbual tentang rahsia yang masih membelenggu keluarga mereka. Namun kerana kesibukan, empat orang anaknya tidak menemuinya malam itu.

Turut menjayakan filem ini ialah Melissa Saila, Sabrina Hassan, Diana Danielle, Junji Delfino, Joelah Charles, Carliff Carleel, dan ramai lagi. - Getaran, 25 Mei 2022

Sumber foto: Instagram Sean Ghazi

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

Sorotan

1

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

2

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

3

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

4

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

5

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

6

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon