web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Fauzi Marzuki Enggan Komen Isu Kahwin Bekas Isterinya Dengan Najib 

Menurut Fauzi, perkahwinan bekas isterinya, Hashiimah dengan Najib, tiada kena mengena dengan dirinya. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2022 3:43PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Komposer Fauzi Marzuki enggan mengulas sebarang kenyataan berhubung berita perkahwinan yang melibatkan bekas isterinya, Hashiimah Ramli, 53, dengan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 

“No, komen. Perkahwinan dia dengan Datuk Seri Najib, tiada kena mengena dengan saya. Lagipun, selepas kami bercerai pada 2013, dia (Hashimah) bebas untuk berkahwin dengan siapa pun yang menjadi pilihan dia.

“Saya sendiri tidak tahu kenapa media cari saya tentang perkahwinan dia. Saya tiada kaitan dalam hal ini,” katanya sewaktu dihubungi Getaran. 

Menurut Fauzi lagi, dia juga sebenarnya tidak tahu-menahu dengan perkahwinan bekas isterinya itu dengan Najib, sehinggalah dimaklumkan sendiri oleh orang lain. 

Getaran juga difahamkan Hashiimah dan Najib sudah lama berkahwin iaitu sejak lebih setahun lalu. 

“Saya tiada apa nak komen. Saya sendiri tidak tahu kenapa media cari saya tentang perkahwinan dia. Saya tiada kaitan dalam hal ini,” katanya lagi. 

Fauzi dan Hashiimah berkahwin pada 1993 dan bercerai pada 2013.  

Seorang komposer yang hebat dan berkaliber, Fauzi telah menghasilkan banyak lagu-lagu hit untuk penyanyi rakaman terkemuka tanah air seperti Datuk Jamal Abdillah, Datuk Sheila Majid, Datuk Sharifah Aini, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Nash, Anita Sarawak, Ella, Shima dan Francesca Peters. 

Antara komposisi lagu-lagunya yang terbaik adalah Lagenda (Sheila Majid), Kekasih Awal & Akhir (Jamal Abdillah), Pada Syurga Di Wajahmu (Nash), Teringin (Shima), Sepi Sekuntum Mawar Merah (Ella), Pusara Di Lebuh Raya (Ekamatra) dan Di Alam Fana Cinta (Fotograf). - Getaran, 20 Mei 2022

Gambar: Fauzi Marzuki FB 

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

2

Kolum 6 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Kes Najib: Hormati Keputusan Hakim, Tangani Isu Dengan Bijaksana - PM

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Penjara Di Rumah Atau Di Kajang, Nasib Najib Ditentukan Januari 

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Astro dan Disney+ Bawakan Lebih Banyak Rancangan Global Dan Kandungan Tempatan

oleh Rahayu MN