web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Air Mata Ellie Suriaty Gugur Saat Azri Iskandar Jatuhkan Talak 

Ellie memberitahu bahawa suara Azri seperti tersekat-sekat dan matanya juga merah berair sewaktu hendak melafazkan cerai. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2022 4:30PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapa sangka dan siapa yang akan menduga bahawa pasangan aktor dan aktres berkaliber, Ellie Suriaty dengan Azri Iskandar akan mengakhiri bahtera perkahwinan yang didirikan selama 19 tahun dengan perceraian? 

Ia suatu keputusan dan tindakan yang mengejutkan banyak pihak terutama di kalangan netizen, bahkan ia juga turut mendapat liputan yang meluas daripada pihak media. 

Apa tidaknya, sebelum ini, jarang sekali terdengar rumahtangga mereka itu berantakan atau dilanda badai akan hal-hal yang serius. 

Pasangan ini disahkan bercerai talak satu melalui prosiding Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada pagi semalam. 

Ellie yang masih lagi selubungi kesedihan usai perceraian mereka berkata, dia tidak dapat menahan sebak tatkala melihat Azri melafazkan talak buatnya sewaktu di menjalani prosiding di mahkamah.

“Sebab saya tahu amat payah sebenarnya untuk dia (Azri) melafazkan cerai. Waktu dia ingin jatuhkan talak, suaranya seperti tersekat-sekat dan matanya juga merah berair. Saat itulah saya tidak dapat menahan perasaan sehingga mengalirkan air mata,” kata Ellie kepada Getaran. 

Pelakon yang juga pengarah, penulis skrip dan jurulatih lakon ini juga sedar ramai yang terkejut dengan perceraian mereka itu dan tertanya-tanya  apakah puncanya yang menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk berpisah serta membawa haluan hidup masing-masing. 

“Seperti yang saya katakan di dalam kenyataan awal saya sebelum ini. Kami sudah tidak lagi serasi bersama. 

“Bukan kami tidak cuba untuk menyelamatkan rumahtangga kami. Kami telah pun berusaha beberapa kali. 

“Tapi, inilah qada dan qadar serta ketentuan daripada Allah SWT. Akhirnya, kami terpaksa juga akur bahawa sampai di sini sahaja jodoh kami,” katanya lagi. 

Menurut Ellie lagi, dia bersyukur kerana kedua-dua anaknya iaitu Azrell Omar Azri Iskandar, 18 dan Nur Azreen, 13, cukup mengerti dan memahami tentang situasi dan perceraian mereka. 

“Sebelum memfailkan perceraian, saya sudah jelaskan kepada mereka. Mereka tidak menghalang atau berkata apa-apa. Sebaliknya, mereka menerima keputusan untuk bercerai itu dengan cukup matang dan terbuka,” katanya.

Gambar: Instagram Azri Iskandar
Gambar: Instagram Azri Iskandar

Menurut Ellie lagi, biarpun dia dengan Azri sudah bercerai, namun mereka tidak akan sekali-kali memutuskan ikatan kekeluargaan di antara mereka. 

“Dia adalah bapa kepada anak-anak saya. Dia (Azri) cukup rapat dengan arwah ibu saya dan arwah ibu saya cukup menyayangi Azri. Manakala, saya pula sangat rapat dengan arwah nenek dan abangnya.  

“Arwah neneknya cukup gembira dan lega bila melihat kami mendirikan rumahtangga. Katanya, barulah dia berasa tenang untuk pergi jika Tuhan mengambil nyawanya. 

“Ketiga-tiga individu penting di dalam kehidupan kami sudah tiada. Dia cuma ada saya dan anak-anak. 

“Dan, walaupun kami sudah bercerai tetapi, dia tetap akan menjadi sebahagian daripada keluarga saya. Tiada apa yang berubah dan itulah yang saya katakan kepada dia. 

“Sesekali saya akan menjenguk melihat keadaanya. Saya juga turut pastikan anak-anak sentiasa ada bersama dengannya. - Getaran, 18 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Farid Kamil, Diana Danielle Bercerai

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Fazura Fail Permohonan Cerai, Sahkan Desas-Desus Rumah Tangga Bergolak

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN