Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Che Puan Juliana Evans Mahu Jadi Penerbit Dan Pengarah Filem 

Pelakon berbakat ini memiliki hasrat untuk membuka syarikat produksinya sendiri untuk menerbit dan mengarah filem dan drama tidak lama lagi.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2022 6:59PM

Gambar: Instagram @julianaevans

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak hanya mahu tertumpu kepada bidang lakonan semata-mata, pelakon jelita Che Puan Juliana Evans, 33, juga memiliki hasrat untuk membuka syarikat produksi sendiri untuk menerbit dan mengarah filem dan drama tidak lama lagi. 

“Selain berlakon, saya juga mempunyai minat dalam kerja-kerja di belakang tabir, sebab ijazah saya adalah dalam jurusan pengajian filem, video dan media. 

“Jadi, saya memang mahu jadi penerbit dahulu sebelum mengarah. Banyak benda sebenarnya yang ada di dalam fikiran saya yang saya mahu buat dan lakukan. 

“Tapi, buat masa ini, saya masih dapat tawaran melakonkan watak-watak yang menarik. Jadi saya ingin tumpukan dahulu pada lakonan. 

“Insha-Allah, selepas itu, barulah saya akan membuka syarikat produksi saya sendiri dan mula menerbitkan karya,” katanya yang memiliki ijazah Sarjana Muda Komunikasi dalam jurusan Film, Video and Media Studies dari Universiti Western Michigan. 

Menurut Juliana lagi, dia masih belum menetapkan sebarang tempoh atau had masa untuk menjadi penerbit dan pengarah. 

Gambar Fail, Sadiq Asyraf Mohd Yusof
Gambar Fail, Sadiq Asyraf Mohd Yusof

“Saya sebenarnya takut hendak cakap bila. Sebab saya bimbang ia akan memberikan tekanan kepada saya. 

“Saya juga sebenarnya takut dan tidak punya keyakinan. Tapi, saya juga tahu saya mampu melakukannya. 

“Perancangan memang sudah ada. Saya sudah berjumpa dengan penulis skrip, bercerita tentang cerita-cerita yang saya ingin buat dan mahu pitch projek apa. Cuma tidak tahu, bila saya mahu memulakan langkah perlaksanaannya.. 

“Tengoklah rezeki macam mana. Mudah-mudahan pada hujung tahun ini saya dapat memulakan produksi saya sendiri,” katanya lagi. 

Juliana bakal kembali ke set penggambaran drama bersiri ‘3 Naga’ untuk Awesome TV selepas raya ini.

Sebelum lebaran, drama komedi, ‘Demi Raya’ lakonannya sudah ditayangkan. Juliana memegang watak pemain bass yang mahu menyertai pertandingan Battle Of The Band semata-mata untuk pulang beraya di kampung. 

“Drama itu memang sebuah drama tentang kehidupan urban. Saya memegang watak Ika yang berhasrat untuk pulang beraya di kampung tetapi tidak cukup duit. 

“Kemudian Ika terlihat satu iklan pertandingan Battle Of The Band yang menawarkan hadiah sejumah wang tunai. 

“Bersama adik saya yang bertindak sebagai pengurus saya di dalam cerita itu, kami cuba tubuhkan band muzik sendiri dan mencari pemain gitar, pemain drum dan vokalis. 

“Naqiu memegang watak sebagai vokalis dalam cerita ini tetapi dia mempunyai sikap dan perangai yang pelik ala rockstar,” katanya. 

Jelas Juliana, drama itu memberi peluang kepadanya untuk menggunakan ilmu bermain gitar yang dipelajarinya sewaktu berada di Amerika Syarikat dahulu. 

“Saya pernah belajar bermain gitar secara asas. Tapi, permainan saya tidaklah bagus mana. Sebab saya masih belajar di peringkat awal. 

“Tapi, ramai juga yang kagum dengan cara saya main gitar dan mereka tidak perlu ajar banyak sgt tentang cara bermain gitar dengan saya. 

“Saya tidak pernah dapat watak sebegini dan saya seronok membawakannya,” katanya lagi. 

Juliana juga mengakui dia kini sudah kembali aktif berlakon semula. 

“Selepas hamil dan dan melahirkan anak dan membuat persiapan dari segi mental dan fizikal serta keyakinan diri, saya dah bersedia untuk kembali berlakon. 

“Anak saya pun dah berusia tiga tahun. Jadi, saya sudah ada masa untuk berlakon semula. Kebetulan pula saya dapat banyak tawaran berlakon yang bagus. 

“Suami saya pula memberikan sokongan jika saya mahu kembali berlakon. Cuma, dia tidak mahu saya kepenatan. 

“Sebab dia pernah nampak saya begitu penat. Pernah saya pulang ke rumah kepenatan sampai saya muntah. 

“Dia tidak mahu saya keletihan dan memberi bantuan untuk sediakan pemandu. Jadi, sekarang ini saya lebih senang fokus dengan kerja,” katanya dengan nada merendah diri. 

Juliana mengahwini kerabat diraja Selangor, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada 30 April 2017. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah. 

Tentang sambutan raya, Juliana memberitahu bahawa dia dan suaminya awalnya merancang untuk beraya di rumah keluarganya di Bagan Datoh. 

“Dia pernah pergi dahulu sekali dan menyukainya. Sampai demam-demam. Jadi, kita  rancang nak pergi lagi sekali untuk sambutan raya. Kali ini bawa anak. 

“Tapi homestay semua penuh dan kita mahu ambil beberapa bilik. Jadi, kali ini kami beraya sajalah di Shah Alam,” katanya mengakhiri perbualan. - Getaran, 3 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kutuk Serangan Rejim Israel Ke Atas Gaza Ketika Aidilfitri 

2

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Sambut Raya Gaya Kampung Sungai Tiram

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Aliran Trafik Mula Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Utama

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Puluhan Ribu Penumpang Dijangka Banjiri Lapangan Terbang Mulai Hari Ini

Sorotan

1

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

2

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

3

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

4

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

5

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

6

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

7

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

Pesta yang berlangsung mulai esok hingga 28 April ini di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya adalah hasil kerjasama Tonton dan Animax + GEM

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 7 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

Selepas agak lama berdiam diri, akhirnya pelakon sensasi, Ruhainies tampil bersuara tentang isu hangat yang sedang melanda dirinya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 20 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran