web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Keluarga Wujudkan Tabung Yasin Sulaiman Untuk Biayai Kos Guaman

Kutipan tabung sumbangan buat Yasin ini dibuka melalui akaun abangnya, Mohamed Zain Sulaiman selepas Yasin menjalani dua pertuduhan di mahkamah. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2022 2:30PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pihak keluarga Yasin Sulaiman telah mewujudkan sebuah tabung sumbangan bagi membantu penyanyi dan vokalis kumpulan nasyid Brothers itu membiaya kos guaman susulan kes pendakwaan mahkamah yang dihadapinya. 

Dalam kes pendakwaan yang dijalankan di Mahkamah Petaling Jaya, Yasin berdepan dua pertuduhan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pertuduhan pertama adalah di bawah Seksyen 39B iaitu mengedar dadah jenis kanabis kerana jika kanabis yang ditemui melebihi 200g ia diandaikan untuk pengedaran. 

Tuduhan ini membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dengan minimum 15 sebatan. 

Pertuduhan kedua pula di bawah Seksyen 6B iaitu menanam kanabis yang membawa hukuman penjara seumur hidup dengan tidak kurang 6 sebatan.

Bagi menampung kos pembelaan bagi kedua-dua pertuduhan yang amat berat ini di mahkamah, kutipan tabung sumbangan buat Yasin ini dibuka melalui akaun  abangnya, Mohamed Zain Sulaiman (11401360010078 - RHB Bank - Bantuan Yasin). 

Bagi sumbangan dari luar negara pula, sepupu Yasin di Amerika Syarikat iaitu Aida Maher telah menyediakan akaun gofundme. Pautan gofundme adalah http://gofund.me/30df2a21.

Apabila sumbangan yang diterima mencukupi, pihak keluarga Yasin akan memaklumkan dan menutup tabung tersebut. 

Pihak keluarga Yasin turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala doa dan sokongan yang diterima daripada ahli keluarga, saudara-mara, sahabat handai, peminat dan masyarakat umum.

Sementara itu, kumpulan Brothers melalui akaun facebook mereka turut berusaha mendapatkan keadilan buat Yasin dengan menggerakkan solidariti mereka terhadap penyanyi utama mereka itu. - Getaran, 26 April 2022  

Gambar: FB Yasin Sulaiman & The Brothers 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

3

Semasa 6 hari yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Semasa 6 hari yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN