web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Berapa Hari Je Mak Nak Raya” – Ibu Achey Meninggal Dunia

Lagi beberapa hari umat Islam bakal menyambut Aidilfitri, namun khabar duka mendatangi pelawak terkenal, Achey Bocey apabila ibunya, Ngaisah Hassan dijemput menghadap Ilahi tengah malam tadi.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2022 8:12AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ibu kepada pelawak terkenal, Achey Bocey meninggal dunia tengah malam tadi akibat menderita sakit kanser pankreas pada usia 74 tahun.

Berita duka itu dikongsikan Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Bin Hamzah, 36, menerusi akaun media sosial Instagram awal pagi tadi. 

Achey memuat naik sebuah video menunjukkan dia berada di atas sebuah motosikal di tepi jalan sambil menangis dan membacakan surah Al-Fatihah buat arwah ibunya. 

“Innalillahwainnalillahirojiun. Berapa hari je mak nak raya. Ya Allah permudahkanlah perjalanan mak (Hajah Ngaisah Bte Hassan) di sana. Kami reda ya Allah. Achey atas moto lagi mak, baru balik kerja. Mak baik, mak pergi bulan yang baik. Moga mak jalani waktu yang terindah,” tulisnya di bahagian kapsyen.

Menerusi kemaskini Achey di InstaStory, kelihatan dia sempat berada di Kuala Lumpur malam tadi kerana terlibat dengan acara Starvendors yang berlangsung di WTC.

Terdahulu, arwah ibunya baru sahaja menjalani pembedahan memasang tiub berdekatan saluran hati dengan harapan bengkak yang dialami akan semakin surut. 

Allahyarham akan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Kampung Usaha Jaya, Labis, Segamat bersebelahan pusara arwah bapa Achey.

Semoga Achey sekeluarga tabah dengan ujian ini dan semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, Al-Fatihah. - Getaran, 25 April 2022

Gambar: Instagram @acheykintangkintung

Berita Berkaitan

1

Rencana 3 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN