web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Will Smith Letak Jawatan Daripada Akademi Filem

Pengunduran Smith dibuat hampir seminggu selepas beliau menampar Chris Rock kerana tersinggung dengan jenaka pelawak itu mengenai isterinya, Jada Pinkett Smith.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2022 11:58AM

Gambar: Angela Weiss, AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Will Smith pada Jumaat meletak jawatan daripada Akademi Seni dan Sains Motion Picture selepas insiden menampar pelawak Chris Rock ketika anugerah Oscar hujung minggu lalu, lapor Agensi Anadolu (AA).

"Saya akan bertanggungjawab sepenuhnya atas perbuatan saya.

"Tindakan saya ketika penyampaian Anugerah Akademi ke-94 adalah mengejutkan, menyakitkan dan tidak boleh dimaafkan," kata Smith dalam satu kenyataan.

Pengunduran Smith dibuat hampir seminggu selepas beliau menampar Chris Rock kerana tersinggung dengan jenaka pelawak itu mengenai isterinya, Jada Pinkett Smith.

"Saya mengkhianati amanah Akademi. Saya menutup peluang calon dan pemenang lain untuk meraikan dan diraikan kerana pencapaian luar biasa mereka,” katanya.

Lembaga pengelola Akademi mengadakan mesyuarat tergempar minggu ini bagi memulakan proses semakan rasmi, dengan kemungkinan Smith berdepan penggantungan atau penyingkiran.

Meskipun telah meletak jawatan, Akademi masih boleh menarik semula Oscar yang dimenang Smith menerusi watak Richard William dalam filem King Richard.

Lembaga Akademi akan bermesyuarat sekali lagi pada 15 April.

“Saya akan menerima apa jua keputusan selanjutnya oleh Lembaga Pengarah,” katanya. - Bernama
 

Isu Pada

Dunia Seni Zulhairul Ikram

02 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Trump Berterima Kasih Kepada Rakyat Amerika "Dipilih Sebagai Presiden Ke-47"

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Sokong Kuat Cadangan AS Tamat Konflik Di Gaza, Kata Anwar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Anwar Ulangi Gesaan Minta AS Hentikan Keganasan Israel Di Gaza

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN