web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Saya Merayu, Jangan Tunggang Agama Kita” - Shahrulezad

Shahrulezad merayu kepada usahawan kosmetik itu untuk berhenti 'melacurkan' agama hanya untuk mengajak orang ramai menyokong video muzik terbaharunya itu.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2022 4:07PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah Shahrulezad Mohameddin menegur tindakan Datuk Seri Vida yang disifatkan sebagai menunggang agama apabila usahawan kosmetik itu mendedahkan bahawa video muzik lagu terbaharunya dibuat bagi tujuan mengumpul dana pusat tahfiz miliknya.

Vida berkata demikian kepada akhbar Harian Metro. Katanya video muzik lagu ‘Ku Ikhlaskan’ yang menelan belanja sebanyak RM400,000 itu merupakan saham akhiratnya untuk menyiapkan pusat tahfiz di samping merebut peluang menyalurkan sumbangan sempena bulan Ramadan tidak lama lagi. 

Memberi respons kepada perkara itu, Shahrulezad atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat merayu kepada usahawan kosmetik itu untuk berhenti melacurkan agama hanya untuk mengajak orang ramai menyokong video muzik terbaharunya itu.

“Duit RM400,000 untuk buat video muzik itu lebih baik jika Dato’ sedekahkan kepada pusat tahfiz daripada buat video mahal begini. 

“Lepas itu Dato’ pancing kami semua untuk sokong Dato’ dengan gula-gulakan kami menggunakan strategi pemasaran murahan sebegini. 

“Kalau Dato’ nak pujuk orang tengok video muzik terbaharu Dato’ tak mengapa. Buatlah. Tapi jangan buat cara lacurkan agama seperti ini,” tulisnya di laman Instagram rasmi miliknya.

Pengarah drama hit ‘Nur’ itu juga menegaskan tujuan hantaran itu ditulis bukanlah untuk menciptakan perbalahan namun sekadar untuk memberi teguran kepada usahawan kosmetik itu.

“Maafkan saya, saya terpaksa tegur juga kerana ini sudah melampau. 

“Saya jadi tercabar dengan kenyataan yang dikeluarkan Dato’. Maaf jika kata-kata saya ini mengguris hati Dato’ dan para peminat,” katanya.

Video muzik ‘Ku Ikhlaskan’ telah dimuat naik pada Isnin, 21 Mac dan telah memperoleh satu juta tontonan di YouTube dalam masa sehari.

Secara purata, seseorang akan menerima RM16,000 setelah memperoleh 500,000 tontonan video di YouTube. 

Bagi mendapatkan kembali modal video RM400,000, Vida perlu memperoleh sekurang-kurangnya 12.5 juta tontonan untuk video itu. 

Di Malaysia, ada beberapa video muzik pernah memperolehi jumlah tontonan yang tinggi. 

Antaranya adalah  ‘Bayang’ dendangan Khai Bahar (35 juta tontonan), Wany Hasrita, ‘Menahan Rindu’ (37 juta tontonan) dan Floor 88, ‘Hutang’ (80 juta tontonan). - Getaran, 22 November 2022

Gambar: Instagram Budak Ijat dan Datuk Vida

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Pengasas Pusat Tahfiz Mengaku Tidak Bersalah Lakukan Amang Seksual

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Pakai Fesyen Ala Telekung Ke Majlis Anugerah, Datuk Seri Vida Dituduh Permainkan Agama

3

Gaya 3 tahun yang lalu

Sebut Diri Sendiri Ikon Fesyen, Vida Tampil Ala ‘Mat Kilau’ Di #KLFW2022

4

Gaya 3 tahun yang lalu

Luar Biasa! Busana Ala 'Beg Plastik Sampah' Aina Abdul Curi Perhatian Netizen

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN