web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengasas Pusat Tahfiz Mengaku Tidak Bersalah Lakukan Amang Seksual

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2023 3:32PM

Sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Pengasas sebuah pusat tahfiz mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan seks luar tabii terhadap tiga pelajarnya, sejak tahun lepas.

Muhammad Firdaous Abdul Rashif, 40, yang merupakan warganegara Singapura dituduh dalam dua prosiding berasingan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam dan Mohd Sabri Ismail.

Beliau didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap tiga pelajarnya, masing-masing berusia 13 tahun 9 bulan, 14 dan 15 tahun di dalam bilik di rumah guru Pusat Tahfiz Al-Islah Tanjung Minyak pada 20 Julai 2022 serta Mac 2023 

Pertuduhan adalah di bawah Seksyen 14(a) dan 14(b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan penjara 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat. 

Tertuduh juga didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap dua mangsa sama, di lokasi sama pada Mac 2023.

Sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aliff Asraf Anuar Sharuddin, Muhammad Nazrin Ali Rahim dan Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal.

Peguam Fahmy Sulaiman yang mewakili tertuduh merayu agar jaminan dibenarkan dengan alasan anak guamnya menanggung dua isteri dan enam anak berusia 1 tahun setengah hingga 13 tahun.

Hakim Darmafikri pada penghakimannya membenarkan jaminan sebanyak RM20,000 bagi dua pertuduhan di hadapannya, namun Mohd Sabri tidak membenarkan jaminan bagi pertuduhan di bawah Seksyen 14(b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Beliau tidak membenarkan jaminan bagi kesalahan amang seksual selepas bersetuju dengan bantahan Muhammad Nazrin bahawa tertuduh pernah didakwa atas kesalahan sama pada 2019 namun masih mengulangi kesalahan sama selepas dilepas tanpa dibebaskan.

Mahkamah kemudian menetapkan 19 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes. - Bernama 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

3

Semasa 6 hari yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Semasa 6 hari yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Politik 2 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM