web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


“Ini Bukan Filem Termahal Saya” - Erra Fazira

Kemunculan primadona Erra Fazira sebagai tunjang utama filem 'Rumah' disamping pelakon yang tidak dikenali mencetuskan spekulasi bahawa bayaran yang diterimanya agak tinggi. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2022 9:02AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak dinafikan, pelakon terkenal Erra Fazira antara bintang terunggul tanah air. Jadi, tidak hairanlah mengapa dia digelar Primadona Filem Melayu Alaf Baru. 

Karya lakonan Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 48, sentiasa mendapat kutipan pecah panggung sejak filem pertamanya lagi iaitu Sembilu. Malah, filem sekuel Sembilu iaitu Sembilu 2 berjaya memecah rekod kutipan paling tinggi di Malaysia pada 1995 iaitu sebanyak RM6 juta. 

Rekod itu hanya berjaya dipecahkan oleh filem Lagi-Lagi Senario pada 2002.

Erra juga dikatakan sebagai pelakon yang menerima bayaran paling tinggi untuk membintangi sesebuah filem setimpal dengan statusnya sebagai Ratu Filem Melayu. 

Baru-baru ini, Getaran berkesempatan hadir ke tayangan perdana filem Rumah yang dibintangi Erra sebagai watak utama bergandingan dengan Puteri Balqis sebagai ibu dan anak. 

Dalam filem bergenre seram arahan mendiang Kay itu, hanya tiga daripada barisan pelakonnya yang betul-betul dikenali iaitu Erra sendiri, Puteri Balqis dan Mak Jah. Selebihnya filem berkenaan dibintangi pelakon-pelakon pembantu yang tidak dikenali. 

Melihat barisan pelakonnya yang tidak seimbang populariti terutamanya untuk sebuah filem, lalu timbul spekulasi bahawa bayaran yang diterima oleh Erra adalah sangat tinggi. 

Saat diajukan soalan tentang bayaran untuk wataknya sebagai Maya dalam Rumah, Erra menafikan bahawa ini adalah filem termahalnya. 

“Ini bukan filem termahal saya. Saya menerima tawaran untuk membintangi filem ini pada 2019. Saya pun tak pernah lagi melihat hasil kerja mendiang Kay sebelum ini. Tetapi, apa yang diberitahu dia sudah pernah mengarahkan filem-filem Tamil sebelum ini.

"Saya tertarik untuk bekerjasama dengan dia kerana pengalamannya serta perancangannya untuk filem ini. Bila saya tanya siapa gandingan saya dalam filem ini dan diberitahu bahawa Puteri Balqis jadi saya terima,” katanya.

Baru sahaja muncul dengan filem Kongsi Raya pada awal Februari lalu, disusuli pula dengan Rumah yang bakal ditayangkan pada 24 Februari ini, ternyata pengaruh Erra dalam dunia perfileman masih utuh dikala usia hampir mencecah 50-an. 

“Alhamdulillah saya masih diberi kepercayaan untuk membawakan watak utama dalam filem. Sebenarnya banyak juga tawaran untuk watak utama dalam filem mahupun drama tetapi saya tolak kerana tak mampu untuk berikan komitmen berikutan kekangan masa,” ujarnya. 

Perkembangan lain, Erra kini dalam proses menyiapkan album terbaharu serta sedang berjinak-jinak menghasilkan kandungan untuk saluran YouTube rasminya. - Getaran, 17 Februari 2022 

Gambar: Instagram @errafazira

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Mahu Bina Rumah Sendiri? Pastikan Anda Ambil Kira Semua Faktor!

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi