web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Intan Ladyana Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Pelakon terkenal, Intan Ladyana selamat lahirkan anak sulungnya pada 31 Januari lalu, jam 11.40 malam.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2022 8:23AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas Neelofa, seorang lagi pelakon popular iaitu Intan Ladyana berkongsi khabar gembira apabila selamat melahirkan anak sulung pada Ahad lalu. 

Berita gembira itu telah dikongsikan Intan dan juga suaminya iaitu Harris Alif di akaun Instagram masing-masing.

“Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar malam tadi (31 Januari). Bayi perempuan kami lahir pada pukul 11.40 malam,” tulis Intan di bahagian kapsyen.

Walaubagaimanapun, pasangan ini belum berkongsi nama puteri sulung mereka itu. 

Sementara itu di bahagian komen, ramai rakan selebriti serta netizen merakamkan ucapan tahniah kepada pasangan ini.

Intan Ladyana atau nama penuhnya Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, 40, mendirikan rumah tangga bersama Harris atau nama penuhnya Nor Harris Alif Nor Rashidi, 23, pada 5 Februari 2021. 

Sebelum ini Intan pernah dikejarkan ke hospital dalam keadaan sarat berikutan dijangkiti virus COVID-19. 

Tahniah diucapkan kepada Intan dan Harris. Kepada Intan, selamat berpantang. - Getaran, 2 Januari 2022.

Gambar: Instagram

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anak Kedua

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN